Thursday, January 10, 2013

cInTa♥

Assalamualaikum....
Alhamdulillah syukur,,masih diberi kekuatan, semangat untuk terus berada dijalanNya..insyaa Allah..

Hari ini ,,tetiba saya rasa nak bercerita pasal cinta..kenapa ea?,,,nak kata saya arif ,tak la arif pun..sbb saya tak kahwin lagi...hihi...ermmm,,,,,tahun akhir nie ramai sahabat-sahabat dah nikah...ada yang bakal menimang cahayamata,,,subhanallah...

Cinta..saya suka membaca berkaitan cinta...awak2 pun suka jgk kan,,,hihi..cinta itu luas maksudnya...cinta pada Pencipta, Rasulullah,,ibu ayah..dan sesama makhluk...cinta sesama makhluk ini lah yang sering dibahaskan dan menjadi tarikan buat para remaja....setuju?,,,,

that why,,,before kita ambil langkah apa2...bekalkan lah diri dengan ilmu...membaca...sebab dari membaca kita dapat tambah ilmu dan tahu apa yang kita tak tahu....agar kita tak tersesat kelak.,,,persoalannya ilmu apa?,,,ilmu yang dapat memberi manfaat...ilmu sebagai anak,,ilmu mcm mana nak jadi anak soleh...ilmu berkaitan persoalan cinta berbeza jantina....

Baru2 ini,,seorang sahabat ingin berkongsi ceritanya dengan saya...berkaitan seorang lelaki ingin berkenalan dengannya...tp sahabat saya ini tak nak lah terburu buru tanpa kenal lelaki ini...banyak persoalan yang dikeutarakan....itu ini..begitu..begini..(da cm lirik lagu ni...)..nasihat saya cuma mohon Allah tunjukkan yang terbaik buat kita....minta lah petunjuk Allah...agar langkah kita tak tersilap...betul kekadang kita malas nak fikir semua ini atau kita biasa2 jer..tpi hati manusia akan cepat terusik dan tersentuh dgn kata2 lelaki andai kita tiada bentengan ,,perisai iman....takut2 kit tersungkur.....namun itu lah lumrah kehidupan...bermula alam kanak2, remaja,percintaan,,perkahwinan,pengajian...banyak lagi kan...sebagai hamba laluilah dengan meletakkan pergantungan dengan Nya...(ingatan buat diri)...

Bagaimana nak mohon petunjuk Allah?,,,,melalui istikharah....pernah dengar tak...
Menurut penulisan Ustazah Fatimah Syarha dalam buku beliau Sebarkan CintaMu...

Istikharah ialah suatu doa dalam membuat sesuatu pilihan sama ada dilakukan dengan cara berdoa sahaja ataupun sebaik baiknya solat sunnah terlebih dahulu kemudian diikuti dengan doa. ia bukan dilakukan dalam urusan memilih jodoh sahja, bahkan dalam apa jua urusan yang melibatkan dilema membuat keputusan. Cohtohnya , mahu membeli kereta VIVA atau Myvi?Mahu balik kampung atau ikut program?
Bagaimana membuat pilihan? Buatlah pilihan dengan istikharah dan berbincang. Berdoa kepada Khaliq dan berbincang dengan makhluk.ikut garis panduan alQuran dan alSunnah.
Namun, tiada istikharah dalam menolak perintah Allah ataupun melakukan laranganNya.contohnya, Mahu pergi dating atau belajar?,,Mahu pakai jean ataupun baju kurung?


Oleh itu, persiapkan diri dengan ilmu dahulu. apa sebenarnya maksud cinta dengan makhluk?bagaimana caranya jika kita suka kat insan itu?,,terus tnya ke doa dahulu ke?..saya nak berbahas mengenai tajuk ini ,,tidaklah arif...jadi anda boleh search jer kat encik google ya,,,cari yg ade hujah dengan hadis dan al Quran..
mudah mudahan kita dipermudahkan dalam bertemu dengan insan pilihanNya dan mengikut lunas lunas yang ditetapkan Allah..Jangan mudah melabuhkn perasaan cinta kepada insan yang tidak pasti, peliharalah diri...moga Allah permudahkan urusan kita dunia akhirat.. dan pelihara diri dan hati kita dari terjatuh kelembah hina...

Peringtan buat diri ,,,,terima kasih sudi membaca...(^_^)....sayang semua♥♡♥

Tuesday, January 8, 2013

Syukur 2013

Bismillahirrahmanirrahim..
Alhamdulillah...syukur,,masih diberi peluang  untuk bernafas di bumi ciptaan Allah ini...
Lama sungguh  entry ni kosong kan,,,,kekangan masa dalam pengajian ini...insyaa Allah tahun akhir ini macam2 perkara ...itu perkara biasa kan bagi seorang pelajar...moga setiap urusan kita mendapat redhaNya...

Pejam kelik..pejam celik da masuk Tahun 2013 kan!...Allahuakbar...terasa cepat masa berlalu ....itu lah penghujung zaman...setahun dirasakan sebulan ,sebulan dirasakan seminggu dan seminggu dirasakan sehari....semoga kita dapat memanfaat masa yg Allah beri sebaiknya,,,ingatan buat diri ini~~

Pelbagai perkara yang berlaku dalam kehidupan ini...bila kita berasa selesa syukur,,,jgn kita alpa dengan nikmat diberi...ingat setiap sesuatu itu adalah nikmat dariNya...ia juga merupakn ujian untuk kita...bagaimana kita menghadapinya....segala nya milik Allah...jangan kufur..tingkatkan syukur...
Syukur di atas nikmat diberi...syukur itu bahagia...

Pertingkatkan muhasabah diri ....andai kita alpa...cepat2 cari lorong u turn...mohon padaNya agar kita sentiasa dipandu ke arah jalan yang lurus....iman manusia turun naik...ikutilah suruhanNya ..agar setiap langkah dipelihara....

Peringatan buat diri dan semua....pertingkatkan hubungan kita dengan pencipta..bila hubungan kita dengan Allah dijaga...Allah akan jaga hubungan kit sesama manusia....Allah akan jentik hati kita andai kita lalai....solat awal waktu....lakukan amalan2 yg baik dengan istiqamah....setiap langkah dgn kebaikan..insyaa Allah kita akan dipandu oleh Nya...
Kejarlah cinta Allah ♥♡♥

Semoga tahun 2013 ini menjadikan usia kita dimanfaatkan dengan sebaiknya....andai kita jatuh,.bangkit !!!...ingat semula matlamat kita didunia ini...sebagai hamba dan khalifah Allah....mohon sahabat2 tegur andai diri ini alpa...semoga kita sentiasa di dalam rahmat dan kasih sayangNya...sebarkan kasih sayang♥♡♥


Saturday, October 13, 2012

PutaRan



seringkali kita melihat 
masalah itu ....masalah ini...
betapa sukar untuk hadapi 

kekadang kita ini sering leka dengan perkara
yang tidak memberi apa-apa
sering tindakan mendahului memikiran yang waras
tidak membezakan kaca dan permata

hati yang suci sering mengingatkan tentang 
perihal insan yang fitrah
yang hidupnya berpaksi dan bertunjangkan NYA

namun itulah insan yang asalnya tanah
yang sifatnya tersangat hina
andai diri kurang taufikNYA 
mungkin terjerumus ke lembah hina

pintalah kekuatan pengharapan 
dari setulus doa insani hati yang luhur 
untuk mengharungi putaran kehidupan ini

teruskan perjuangan hanya mencari redha dariNya,...
Moga hidayah dan taufikNya sentiasa mengiringi
menempuh putaran hidup yang singkat ini..

~131012~
~0551~
KTF

Friday, September 21, 2012

SemEsTer 7!

Bismillahirrahmanirrahim.....
Assalamualaikum....

Terasa ingin mengisi entry kali ini tentang pengajianku......



Sudah dua minggu aku laluan semester 7, 
insyaAllah final year,....terasa sangat mencabar daripada semester-semester yang lepas,....semester ini ambil 19 jam kredit,...ianya telah melebihi jam kredit yang sepatutnya di ambil....niat di hati untuk memperbaiki gred pencapaian,.......doa ku mohon moga Allah beri yang terbaik...rasa cam tak mampu 
,...alhamdulillah Allah beri ku kekuatan dan permudahkan urusan ini,.... bagi menambah subjek....
bersungguh la wahai diri dalam menuntut ilmuNya,......



SPE 4052 Organisasi Pengurusan Bengkel
SPE 4612 Asas Pneumatik dan Hidraulik
SPL 4102 Teknologi Pemprosesan Pemakanan I
SPL 4222 Prinsip Pengeluaran Ternakan
SPL 4403 Rekacipta
SPP 4052 Sosiologi Pendidikan
SPU 4902 Projek Sarjana Muda I
UHB 3032 Reading for Specific Purpose
SPE 1032 Keselamatan Bengkel

Itulah senarai subjek pada semester 7 ini,....insyaAllah...

Banyak-banyak subjek kat atas,...korang rasa mana yang mencabar,....kalau baca ,..semua mencabarkan tol tak,...tetapi itulah perkara baru atau ilmu yang memberi kita pengalaman insyaAllah,....terutama sekali PSM I .........masih kabur tentang tajuknya,....kata penyelia saya ,.....bagus la kalau awak pening,,,,itu yang saya nak,..nanti dalam pembacaan jurnal awak akan nampak sedikit-sedikit,....(Ya Allah mampu kah hamba,......)



Rekacipta ,..kami telah diberi tugasan untuk membuat sebuah kereta yang boleh menjimatkan minyak.....sebenarnya tenaga pengajar ingin mendedahkan kami tentang sebuah pertandingan peringkat Asia,....Shell Eco Challenge....seandainya ada yang terpilih kami akan memasuki pertandingan ini pada tahun 2013 nanti.....ianya agak menarik kerana saya akan belajar sesuatu perkara baharu.......yang bukan semua pelajar akan mendapat peluang ini.....



Apa yang penting,...niatkan segala hanya keranaNya,...kekadang akan hadir perasaan malas....cuba lawan,....seorang teman selalu mengingatkan saya,...jangan bertangguh kerja,...buatlah sesuatu dengan ikhlas....dan perbanyakkan berdoa disamping usaha ,.....ianya perlu diadun dengan sebati,....insyaAllah kejayaan dimiliki,.....lagi satu,, solat di awal waktu,....



"Ya Allah ampunilah segala dosa-dosaku,....ampunilah segala dosa ibu bapa ku,.....Ya Rahim tuntunilah hamba ke jalan yang Engkau redhai,....permudahkan urusan ku dalam menuntut ilmuMu,....andai diri ini lemah wahai Allah dalam perjuangan,....bakarkan lah semangatku ,,,,,berilah cahaya taufik dan hidayahMu,,,,,,jangan Engkau biarkan kami terleka dengan nikmat dunia yang sementara,....amin Ya Rabbal'alamin,...."



Wednesday, September 19, 2012

SeLamAt DaTang!!!

Bismillahirrahmanirrahim,,,,
Assalamualaikum ......

Entry kali ini saya nak kongsi sikit pasal 


AYAM !!!


SelaMat DaTanG.!!!......semester ini kami  mengambil subjek Prinsip Pengeluaran Ternakan,....
maka kami dikehendaki membela ayam !!,......InsyaAllah ianya sebuah pengalaman yang baru dan seronok,....agak lama juga kami menunggu ,.....untuk menyambut kedatangan anak-anak kami ini,...hehehe


Subhanallah baby-baby ayam ini tersangat la comel,....(^_^)


Ini lah anak-anak ayam nyer!!


Reban Ayam....


Tenaga pengajar sedang memberi arahan,......


Setiap kumpulan di beri 30 ekor ayam,....15 ekor ayam jantan dan 15 ekor ayam betina......bukan senang nak jaga,..ianya ibarat menjaga bayi ,.....




Mudah-mudahan penjagaan ayam-ayam ini berjaya hingga disembelih,,,,,,
Semua ayam-ayam sihat-sihat belaka..

Semoga urusan kami dipermudahkan (doakan ya semua!!),,,
InsyaAllah ada kelapangan saya akan cerita lagi,.....

Tuesday, September 18, 2012

SebuAh PerTeMuaN

Bismillahirrahmanirrahim.....
Assalamualaikum....

Alhamdulillah Allah masih memberi kesempatan di muka bumi ini untuk bernafas,.....syukur,...
Hari ini pertemuan ku bersama ..............................


warden asrama SMK Tun Perak,,,, yang pernah menjaga ku semasa di asrama dahulu,.... datang ke bumi ilmu UTM Skudai......Beliau menguruskan pembayaran bagi menyambungkan pengajian Sarjana beliau di sini.....

Bila kita permudahkan urusan orang,...Allah akan permudahkan urusan kita,..insyaAllah.....walaupun agak banyak kerja juga la,.....tetapi kita kene selalu berfikiran positif dan menolong dengan ikhlas,....itulah yang selalu teman ku pesan,....tolong seseorang dengan ikhlas kerana Nya,.....

Pertemuan itu mengajarku erti sebuah perjalanan menuntut ilmu ,..tidak kenal erti putus asa walaupun usia nya sudah meningkat ...tuntutlah ilmu sampai negara China.....Allahuakbar,....!!!...




Gambar kenangan bersama Teacher Rohana....

Terima kasih Teacher belanja saya,...walaupun pertolongan saya tidak seberapa sahaja....teacher seperti yang saya kenal dulu,....(^_^)....Terima kasih atas perkongsian ilmu walaupun sebentar tapi bermakna,...

Moga saya mendapat iktibar dan sentiasa bermuhasabah menjadi yang lebih baik,.....teringat semasa beliau bercerita tentang seorang pensyarah ini,..beliau menyifatkan pensyarahnya....
"KATA-KATA NYA  ZIKIR,...BILA TIDAK BERKATA ITU FIKIR"
Subhanallah,...

Semoga Allah permudahkan urusanmu....semoga ikatan ukhwah ini berpanjangan hanya kerana Nya,....



Sunday, September 9, 2012

Perjalanan Ini

Bismillahhirrahmanirrahim....
Assalamualaikum,...
Lama aku tidak menitipkan sesuatu di ruangan cahayahati ini,.....
terasa ingin menulis sesuatu,,,,,

Diri ini masih meneruskan perjalanan hidup yang tidak tahu bila kesudahannya,.....dipohon agar sentiasa di beri petunjuk dan hidayah dariNya,...

Latihan Mengajar........

19 Mac 2012 - 29 Jun 2012

Pelbagai pengalaman yang aku timba,,,,baik di sekolah ,,,di rumah sewa...,,yang pahit yang manis di dalam dunia pendidikan,..ragam para pelajar zaman sekarang yang pelbagai,...
bagaimana,,mengapa,..seringkali menjadi persoalan yang cuba aku rungkaikan,......
untuk menjadi yang terbaik ,,,perlu ada perancangan dan diikuti tindakan (action..)....
dan insyaAllah di dalam pengajian ku akan ku rungkai persoalan itu....(PSM).....moga dipermudahkan segala urusan,....



Latihan Industri,...

2 Julai 2012 - 30 Ogos 2012

Puncak Fitrah Qasih,....itulah tempat LI ku,...sebuah kedai bumiputera yang menghasilkan produk seperti roti dan kek........ianya menguji ketahanan fizikal dan mentalku,....pelbagai senario kehidupan masyarakat yang dapat dilihat,.....moga diriku dipandu cahayaNya,....


Meneruskan Perjuangan di UTM Skudai

Rasanya sekejap sahaja masa berlalu,....insyaAllah setahun lagi berada di dunia degree,......semester 7 perlu ku lalui dengan penuh kecekalan.......biarpun dikatakan sudah senior,,,namun ianya tetap permulaan yang baru ,...untuk belajar perkara yang baru,....moga Allah permudahkan segala urusan di dalam menuntut ilmuNya,.....

Itulah perjalanan kehidupan,.....jalan biarkan ianya berlalu tanpa mengambil hikmah dari apa yang berlaku,.....mohon la penunjukNya agar dirimu sentiasa di lorong ke jalan redhaNya,...






"Ya Rahman,,,,diriku ini penuh noda dosa.....ampunilah dosa hamba mu ini,....
Ya Rahim, permudahkan urusan dunia dan akhirat,,,,tabahkan hatiku dalam menuju perjalanan menuntut ilmu ini ,......terangkan hatiku dalam menerima cahaya ilmu yang benar,,berilah hamba ilmu yang bermanfaat,,,
Ya Allah berilah hamba kesungguhan dalam menuntut ilmuMu,...,berilah hamba kejayaan dunia dan akhirat,...."

Emosi seorang Ibu

Bismillah Hai semua, happy holiday.... Gembiranya zati lihat sahabat-sahabat Zati berjalan sana-sini. Ada yang berjalan ke luar negara d...