PutaRan



seringkali kita melihat 
masalah itu ....masalah ini...
betapa sukar untuk hadapi 

kekadang kita ini sering leka dengan perkara
yang tidak memberi apa-apa
sering tindakan mendahului memikiran yang waras
tidak membezakan kaca dan permata

hati yang suci sering mengingatkan tentang 
perihal insan yang fitrah
yang hidupnya berpaksi dan bertunjangkan NYA

namun itulah insan yang asalnya tanah
yang sifatnya tersangat hina
andai diri kurang taufikNYA 
mungkin terjerumus ke lembah hina

pintalah kekuatan pengharapan 
dari setulus doa insani hati yang luhur 
untuk mengharungi putaran kehidupan ini

teruskan perjuangan hanya mencari redha dariNya,...
Moga hidayah dan taufikNya sentiasa mengiringi
menempuh putaran hidup yang singkat ini..

~131012~
~0551~
KTF

Comments

Popular posts from this blog

cikgu!...Selamat Hari Guru

Perancangan Majlis Walimah

Keluar Dari Zon Selesa