Saturday, July 17, 2010

Tidak Banyak Ketawa...

Bismillah...kali ni ana nak berkongsi tentang ketawa....mengapa ana pilih ketawa kerana ana nak mengingatkan diri yang sering leka dengan dunia disamping tue nak kongsi dengan semua....insyaAllah....

Pada dasarnya ketawa adalah sihat dan adalah naluri yang tidak dapat dihilangkan daripada diri manusia. Syariat pun tidak pernah melarangnya. Tetapi yang tidak digalakkan adalah ketawa secara berlebih-lebihan.

Ramai ulama mencela tawa ria secara berlebihan. Ini adalah kerana jika manusia dapat merenungi dirinya dan segala amal perbuatannya, sudah tentu mereka akan menangis. Mereka akan memikirkan tentang dosa yang kelak akan dibalas dengan seksaan. Malah, semakin hari, dosa semakin bertambah sedangkan umur semakin berkurang. Kesempatan untuk berubah dan menghapuskan dosa pun semakin berkurang. Menurut riwayat yang masyhur, Rasulullah SAW sendiri tidak pernah ketawa hingga terbahak-bahak dan mengeluarkan suara.

Islam mengajak umatnya meratapi dosa dan kejahatan yang pernah dilakukan. Hakikatnya, ibadah malam adalah waktu yang tepat untuk mengadu, meratapi  dosa dan memohon keampunan Allah.

Dalam sebuah hadis, Rasulullah SAW berpesan,
'...Dan janganlah kamu banyak ketawa kerana tertawa yang berlebihan menyebabkan hati menjadi mati.'
(At-Tirmizi)

Rasulullah SAW memberitahu dengan jelas, banyak ketawa mematikan hati. Hati yang mati adalah hati yang keras dan kering, iaitu hati yang enggan menerima petunjuk kebenaran. Malah jika hati sudah mati, kegelapan akan selalu menyelimuti jiwanya..... ketawa yang berlebihan tidak hanya mematikan hati, tetapi juga melenyapkan cahaya iman di wajah seseorang......

Sahabat semua,..Rasulullah adalah peribadi agung yang mesti dicontohi dan diteladani. Suatu ketika, Jabir bin Samurah ditanya oleh Simak, "adakah kamu sering bersama Rasulullah SAW?" Dia menjawab, "Ya. Baginda adalah seorang yang pendiam dan sedikit ketawa, maka Rasulullah SAW hanya akan tersenyum."

Bahkan dalam sebuah riwayat ,'Aisyah pernah menyatakan,

"Aku tidak pernah melihat Rasulullah SAW sekali pun ketawa terbahak-bahak hingga terlihat gigigeraham bawahnya. Baginda hanya sering tersenyum"
(Al-Hakim an-Naisaburi)

Sahabat semua, ketawa yang berlebihan, menurut berbagai-bagai riwayat yang disebutkan di atas, sudah tentu tidak membantu mewujudkan hati yang bersemangat mengerjakan ibadah malam.

Sahabat semua, sebenarnya, orang yang soleh paling bimbang akibat ketawa berlebihan, kerana akibat yang akan membuat hati rosak dan sukar untuk menerima cahaya iman dan petunjuk. Dengan diri yang biasa ketawa terbahak-bahak, hati yang menjadi sumber semangat untuk beribadah mudah hancur. Jadi, manusia yang paling mudah bangun malam untuk melaksanakan ibadah adalah mereka yang menjaga mulutnya daripada ternganga ketika ketawa.

ana menyeru diri ini dan sahabat semua agar bersama-samalah kita memperbaiki diri kearah redhaNya......

Sumber rujukan : Munajat Malam (Bimbingan lengkap Ibadah Malam)...pengarang YUSNI A.GHAZALI...   PTS ISLAMIKA Sdn. Bhd
                                                         

Wednesday, July 7, 2010

As a crew (part 2)

Bismillah...

Maaf la ya ,...ana lambat update...alhamdulillah selepas khusus, kami (krew) masing-masing pulang ke kolej sendiri untuk membuat persediaan....namun begitu ada sebahagiaan di antara kami berkhidmat untuk kolej lain..ini kerana jumlah krew daripada kolej tersebut tidak cukup bagi MTM nie. Kolej kediaaman yang menyumbang bilangan krew yang paling ramai iaitu 27 orang....Kolej Tun Fatimah


Pada tanggal 3 Julai 2010, beberapa kolej kediaman akan menerima kemasukan mahasiswa baru seperti KTF, KTHO, KP, K9, K11, KTGB dan FKE....selebihnya mendaftar pada 4 Julai 2010....perbezaan hari mendaftar ini untuk mengelakkan kesesakan di dalam kampus....

Sehari sebelum hari pendaftaran, semua krew sibuk dengan persiapan...bagi pengalaman ana sendiri , ana tidur pukul 1 pagi lebih kurang la....malam tu memang sibuk dengan persiapan menghias kaunter-kaunter...menggantung banner....alhamdulillah berkat kerjasama semua krew , pengetua, felo, pembantu felo semua staf KTF  kerja yang banyak tue dapat diselesaikan dengan baik.....dan pada hari pendaftaran semua berjalan dengan lancar.....cuma ada beberapa perkara yang tidak sempurna...biasa la kan....no one is perfect,,....



SELAMAT DATANG KEPADA SEMUA MAHASISWA BARU KE KAMPUS UTM JB


Thursday, July 1, 2010

As a crew...

Bismillah....
Assalamualaikum...
Ana nak berkongsi sedikit pengalaman...sebenarnya bukanlah pengalaman, tetapi perkara itu ana alaminya...(pengalaman la tue...)....sekarang ana sedang mengikuti sebuah khusus iaitu Khusus Krew Minggu Tranformasi Mahasiswa Universiti Teknologi Malaysia....



Pada mulanya, ana ingat khusus ni biasa-biasa je ...rupa-rupanya sangkaan ana meleset. Ini adalah khusus yang pertama kali ana masuk di bawah kelolaan universiti...sebelum nie hanya khusus di bawah kolej kediaman ataupun fakulti....Minggu Tranformasi Mahasiswa (MTM) adalah sebuah minggu orientasi...nak sambut mahasiswa baru yang melanjutkan pengajian mereka di UTM....

Sebelum menyambut mahasiswa baru nie....kami yang mengikuti khusus ini (bakal krew), telah pun diberi pendedahan bagaimana untuk menjayakan Minggu Tranformasi Mahasiswa ini...khusus ini mempunyai 2 fasa,...pertama diadakan di Tiara Beach Resort, Port Dickson dan fasa kedua diadakan di Kolej Tun Dr. Ismail (KTDI)....

  Tempat bermandi di Tiara Beach Resort

bersambung......




Tuesday, June 15, 2010

Rejab


Sedar atau tidak kita kita telah memasuki bulan rejab...iaitu bulan ketujuh di dalam kalendar Islam. Alhamdulillah kita telah diberi kesempatan oleh Allah untuk bertemu dengan bulan yang mulia ini lagi. Bagi ana hadirnya bulan ini, ia mengingat kita akan kehadiran bulan Nabi iaitu Sya'aban serta bulan Ramadhan,..seharusnya muhasabah diri perlu dipertingkatkan pada bulan ini supaya kita dapat menempuh bulan berikutnya dengan penuh kesediaan taqwa pada Nya.

Bulan Rajab dikenali juga sebagai bulan Allah...

Amalan terbaik di dalam bulan Rejab ini ialah berpuasa.

1. Puasa 1 hari - mendapat keredhaan yang besar daripada Allah.
2. Puasa 2 hari - mendapat kemuliaan daripada Allah.
3. Puasa 3 hari - diselamatkan oleh Allah daripada bahaya dunia, seksa akhirat, penyakit gila dan fitnat syaitan serta dajal.
4. Puasa 7 hari - ditutup 7 pintu neraka.
5. Puasa 8 hari - dibuka lapan pintu syurga.
6. Puasa 10 hari - Allah akan memakbulkan permintaannya.
7. Puasa 15 hari - Allah akan menghapuskan dosa yang telah lalu dan mengganti semua kejahatan dengan kebaikan.
8. Tambahan puasa - menambahkan pahalanya.
9. Membaca surah al-Ikhlas 11 kali setiap hari atau lebih.
10. Membaca al-Quran.
11. Memperbanyakkan doa, istighfar...
12. 27hb Rejab Isra' Mi'raj...digalakkan membaca atau mendengar kisah-kisah berkenaan peristiwa ini dan mengerjakan puasa sunat.

Andai diri ini alpha sebelum ini... selain berkongsi dengan pembaca semua,..ana juga memperingatkan diri yang sering alpha dengan dunia,...semoga kita sentiasa dibawah rahmatNya,...InsyaAllah...,,

sumber daripada buku 'Indahnya Hidup Bersyariat'...

Saturday, May 15, 2010

SeLAmAt HaRi GURU...!!



Tanggal 16 Mei tidak pernah aku lupakan....tanggal itu merupakan hari guru...pada tanggal ini lah aku mengimbau kembali kenangan semasa tadika, sk rendah, sk menengah, sk agama, kolej, dan universiti...ini bukan bermakna hanya tanggal ini sahaja kita ingat cikgu-cikgu tau...(^_^)

Jasa seorang guru memang tiada bandingnya...mereka lah sumber ilmu...aku teringat waktu sekolah dulu...guru sering mengingatkan keberkatan dalam menuntut ilmu itu penting...sekiranya ilmu yang kita tuntut tidak berkat...takut-takut mungkin tiada manfaatnya ilmu yang kita pelajari...

Guru-guru ialah insan yang perlu dihormati dan disayangi.
Baginda bersabda yang bermaksud: "Tidak termasuk umatku orang yang tidak menghormati orang tua dan menyayangi orang muda serta mengerti akan hak orang alim yang lain."(Riwayat Imam Ahmad no.22755)

Dalam hadis lain, Baginda bersabda yang bermaksud:"Pelajarilah ilmu, pelajarilah ilmu ketenangan dan kesopanan dan rendahkanlah dirimu terhadap orang yang kamu ambil ilmunya." (Riwayat al-Dailimi no.238)



Akhirnya, kita perlu lah mendoakan kesejahteraan guru/pensyarah kita....mereka merupakan insan mulia yang wajar dikenang dan didoakan selama hayatnya. Sesiapa yang menghormati mereka akan memperolehi keberkatan daripada Allah s.w.t.

Sunday, May 9, 2010

SoLat For waNita??....

Solat di rumah atau di masjid bagi wanita?
HafizFirdaus.com - Sunday, 09 May 2010

Saturday, May 8, 2010

iBu BaPa..!!




salam...kita dalam menyambut hari ibu nie...mengingatkan kita akan pengorbanan kedua orang tua kita..,,mereka lah yang telah membesarkan kita...bersusah payah untuk kita.,..walaupun bagaimana ibu bapa kita...tiadalah kita di dunia ini tanpa mereka....

Di dalam Islam keredhaan Allah itu terletak pada keredhaan kedua ibu bapa....

Rasullullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:


Keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibubapa manakala kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibubapa.[1]



Hadis ini membenarkan apa yang disebut sebelum ini, bahawa hubungan seorang anak dengan ibubapanya memiliki kaitan dengan hubungannya kepada Allah. Jika seorang anak berbuat baik kepada kedua ibubapanya sehingga mereka redha kepadanya, maka Allah juga redha kepada anak tersebut. Akan tetapi jika seorang anak tidak berbuat baik sehingga menimbulkan kemurkaan ibubapanya, maka Allah juga murka kepadanya.

Walaubagaimanapun hendaklah diperhatikan bahawa apa yang meredhakan ibubapa tidak mengakibatkan kemurkaan Allah. Maksud saya, jangan melakukan sesuatu yang merupakan maksiat kepada Allah dalam rangka berbuat baik kepada ibubapa. Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam mengingatkan:

Menjadi kewajipan seorang muslim untuk mendengar dan taat dalam perkara yang disukai mahupun yang dibenci selagi mana ia tidak melibatkan maksiat. Maka jika disuruh untuk melakukan maksiat maka tidak perlu mendengar dan tidak perlu mentaatinya.[2]



Di samping tidak boleh berbuat baik kepada ibubapa dalam hal-hal yang merupakan maksiat kepada Allah, kita juga tidak boleh berbuat baik kepada ibubapa dalam hal-hal yang merupakan maksiat kepada Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam. Baginda berpesan:

Tidak beriman seseorang kamu sehinggalah aku lebih dicintainya berbanding ibubapanya, anaknya dan manusia seluruhnya.[3]

Cinta kepada Rasulullah, sebagaimana yang dimaksudkan oleh hadis di atas, bukanlah sekadar perasaan di hati tetapi adalah dengan pembuktian praktikal, seperti mentaati perintah larangan baginda, mengikuti sunnahnya dan membenci bid‘ah yang merosak dan mencemari sunnah tersebut.


Oleh itu tuntutan berbuat baik kepada ibubapa haruslah selari dengan petunjuk al-Qur’an dan al-Sunnah, iaitu syari‘at Islam. Justeru seandainya ibubapa menyuruh kita membelikan mereka minuman keras atau membantunya membuat acara kemungkaran seperti pesta (party) di rumah, kita tidak perlu mentaatinya. Jika kita mendapati ibubapa cenderung kepada sesuatu yang menyelisihi syari‘at Islam, hendaklah:

1. Terlebih dahulu memastikan bahawa ia benar-benar menyelisihi syari‘at Islam. Jika perkara tersebut merupakan sesuatu yang diperbincangkan oleh para ilmuan, maka hendaklah kita mengambil sikap berlapang dada. Oleh itu, sebagai contoh, jika kita cenderung kepada hukum larangan mendengar muzik manakala ayah pula gemar mendengar lagu-lagu klasik, maka hendaklah kita bersikap lapang dada. Biarkanlah ayah mendengar lagu-lagu kegemarannya.[4]

2. Jika dipastikan bahawa ia benar-benar menyelisihi syari‘at Islam, maka janganlah ditegur secara kasar dan mendadak. Sebaliknya maafkanlah mereka, pohonkan keampunan Allah kepada mereka[5], kemudian berbincanglah secara hikmah dan lemah lembut. Kemudian jangan diharapkan perubahan secara serta merta, sebaliknya bertawakkallah kepada Allah agar pada satu masa nanti, secara bertahap-tahap, mereka akan berubah. Ikutilah sunnah Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam dalam perkara ini, iaitu sebagaimana firman Allah:

Maka dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah (kepadamu wahai Muhammad), engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat-sahabat dan pengikutmu), dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu. Oleh itu maafkanlah mereka dan pohonkanlah ampun bagi mereka, dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan itu. Kemudian apabila engkau telah berazam (sesudah bermesyuarat) maka bertawakkallah kepada Allah, sesungguhnya Allah Mengasihi orang-orang yang bertawakal kepada-Nya. [Ali Imran 3:159]


Berdasarkan hadis-hadis yang dikemukakan di atas, dapat dirumuskan bahawa sebelum seseorang itu membuat apa-apa keputusan, hendaklah diperhatikan bahawa keputusan tersebut menepati dua syarat berikut:

1. Ia selari dengan syari‘at Islam.
2. Ia diredhai oleh ibubapanya.

Seandainya wujud pertentangan antara dua syarat tersebut, hendaklah dicari jalan untuk menghilangkan pertentangan tersebut.

Pengajaran lain yang tidak kurang pentingnya daripada hadis di atas, yakni sabda Rasulullah yang bermaksud:“Keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibubapa manakala kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibubapa”, ialah jika kita mengalami kehidupan yang sempit lagi serba tak menjadi, hendaklah diperhatikan hubungan kita dengan ibubapa. Ini kerana seorang anak yang berada di bawah keredhaan ibubapanya, kehidupannya akan menjadi lapang lagi mudah hasil daripada keredhaan Allah Subhanahu wa Ta‘ala kepadanya. Sebaliknya seorang anak yang berada di bawah kemurkaan ibubapanya, kehidupannya akan menjadi sempit dan serba tak menjadi, disebabkan kemurkaan Allah kepadanya.

p/s:untuk mendapatkan lebih banyak ilmu...layarilah laman web nie...ana berkongsi ilmu nie drpd laman web www.hafizfirdaus.com...

Emosi seorang Ibu

Bismillah Hai semua, happy holiday.... Gembiranya zati lihat sahabat-sahabat Zati berjalan sana-sini. Ada yang berjalan ke luar negara d...