Monday, December 4, 2017

Coretan Semangat

Kehidupan ini sukar di ramal.
Adakalanya kita memutuskan membuat itu ini tidak jadi.
Ada ketikanya ia menjadi.
Banyak sekali perkara yang ingin di kejar.
Dalam seminggu siap senarai yang kita mahukan.
Dan tidak semua yang tersenarai tercapai.

Seorang Doktor pernah menasihati aku.
Kehidupan ini perlukan pengurusan masa yang betul.
Allah berikan akal untuk kita sendiri memilih, menguruskan kehidupan kita dengan baik. 
Apa yang diutamakan dahulu dan apa perkara yang perlu dikemudiankan.

Tapi itu lah.... kita da merancang yang sendiri yang melanggarnya....

Cuma satu je kuasa yang boleh membantu kita dan mengawal setiap tindak tanduk kita.
siapa jika bukan pemilik diri kita Allah......

Untuk melangkah ke arah apa yang telah dirancang perlukan sebuah daya.....
apa daya itu....dari mana daya itu datang... dari Allah...
mohon dan pinta lah kekuatan dan keupayaan dari Allah. 
minta dan mohon lah padaNya taufik & hidayah dalam perjalanan kehidupan yang sementara ini.

Doktor itu juga berkongsi pengalaman.
Semasa beliau mengerjakan ibadah haji, beliau sesat di perkhemahan di Mina...
niatnya hendak mendapatkan air, laluan dari khemah nya ke tempat air itu hanya lurus sahaja.
Namun, setelah memperoleh air beliau sesat. Beliau cuba untuk berfikir dan bercakap dengan diri sendiri. 'aku kan doktor mesti aku boleh jumpa dengan khemah aku' . Beberapa ketika beliau masih tidak menjumpai khemah tempat beliau jemaah Malaysia. Kemudian, beliau terus meminta kepada Allah dan bergantung sepenuhnya pada Allah. Beberapa saat usai berdoa, berjalan kehadapan sedikit terus berjumpa dengan khemah jemaah Malaysia. Nah... sombongnya kita dengan Tuhan. Kita lupa siapa pemilik segala ya ada ini. Aku tertunduk malu mendengar perkongsianya Doktor itu. 

Siapa lah kita. Kita tidak punya apa-apa. Tapi kita tidak sedar dan kita masih sombong dengan Allah. 

Ingatan buat aku dan semua yang membaca. Kembalilah jiwa dan hati kita kepada Allah yang Esa. Andai solat kita tinggal mulakan langkah mengambil wuduk dan solatlah. Andai kita belum tutup aurat lagi. Carilah tudung tutuplah helaian rambutmu sehingga menutupi dada. Andai pakaian yang kita pakai masih tidak sempurna, sempurnakanlah dengan mengikut apa yang Allah pinta.
Hidup ini bukan lama, Dunia ini sementara. Apa-apa yang ingin kita lakukan mintalah bantuan dan pertolongan Allah.....

*Coretan Semangat untuk menyiapkan pembetulan thesis. Ya Allah permudahkanlah segala urusan proses pembetulan ini. Berilah hamba kefahaman dan membuat yang terbaik.

9.25am
4/12/2017
Perpustakaan Raja Zarith, UTM Skudai

Tuesday, November 28, 2017

AlQuran Digital



AlQuran Digital sesuai untuk dijadikan hantaran perkahwinan.
Dihadiahkan kepada insan tersayang.


Hanya Berharga

RM 199

Whatsapp : 0137386977




Habasyi Oil (Minyak Habatussauda)



Bismillah....

Minyak Habatussauda mempunyai banyai khasiat. Saya ingin kongsikan satu testimoni ayah dan emak saya sendiri. Alhamdulillah sejak amalkan Habasyi Oil ni proses pembuangan air besar lawas. Tiada masalah sembelit. Alhamdulillah...



Habbasyi Oil merupakan minyak habatussauda yang dapat memberi tenaga.

💊keletihan, sakit-sakit badan, mudah mengantuk.

💊meningkatkan imunisasi. Mengelakkan dari jangkitan penyakit, meningkatkan sel pembunuh penyakit, penyakit kanser, penyakit berkenaan ketahanan badan, membantu melawan penyakit

💊 anti-inflamasi. Mengurangkan bengkak dan radang, sesuai untuk pesakit asma, sakit kulit atau eczema dan bengkak sendi.

💊anti-histamin. Mencegah cetusan histamin(punca alahan dalam badan), sesuai untuk mereka yang mempunyai alahan kepada makanan dan debunga juga asma.

💊anti bakteria. Mengelakkan dari jangkitan e-coli, v cholera dan shigella, mengubati cirit-birit, sesuai untuk kesihatan dalam perut dan usus, mengtasi masalah bau mulut, tonsil.

💊penyakit wanita. Mperbanyakkan susu ibu, membetulkan putaran haid, meningkatkan kesuburan.

💊anti parasit. Membunuh cacing dalam perut, sesuai untuk kanak-kanak lebih dari 5 tahun

💊meningkatkan daya ingatan

💊merawat tenaga batin

💊mengecutkan ketumbuhan (anti-tumor)

💊mengawal kolestrol dan kadar gula dalam darah.


Whatsapp: 0137386977


1 botol = RM55 ( termasuk pos)
2 botol = RM 100 (termasuk pos)


Monday, November 27, 2017

Al-Quran Humaira (Tafsir AlQuran)




Best Seller!

Whatsapp: 0137386977

📚 Al Quran Pelangi & Tajwid Humaira Zip A6 Edisi Baru

💲RM45
POS RM8/RM12

Keistimewaan.
💐30 juzuk
💐Size A6
💐Asmaul Husna
💐Panduan Tajwid (Full Colour)
💐Asbabun Nuzul
💐Hadith Sahih
💐Resam Uthmani
💐Terjemahan Bahasa Melayu
💐Panduan Bewaqaf
💐Doa Sujud Tilawah dan Doa Permulaan Baca Quran
💐Indeks Tematik ( Klasifikasi Ayat Quran)





Best Seller!

Whatsapp: 0137386977
www.watsap.my/60137386977
📚 Al Quran Pelangi & Tajwid Humaira Magnet A6 Edisi Baru

💲RM45
POS RM8/RM12

Keistimewaan.
💐30 juzuk
💐Size A6
💐Asmaul Husna
💐Panduan Tajwid (Full Colour)
💐Asbabun Nuzul
💐Hadith Sahih
💐Resam Uthmani
💐Terjemahan Bahasa Melayu
💐Panduan Bewaqaf
💐Doa Sujud Tilawah dan Doa Permulaan Baca Quran
💐Indeks Tematik ( Klasifikasi Ayat Quran)






Segera dapatkan Al Quran untuk dijadikan hadiah mahupun hantaran 


📚Al Quran Tajwid dan Terjemahan
Humaira Eksklusif Wanita.

All Ready Stocks. LIMITED!!!

💲RM 85
POS RM11 SEM
RM 16 SS 

➡ A5 size ( 20 x 15 cm)
➡ Rainbow papers
➡ Colourful Tajweed Guide
➡ Highlight Ayat Khusus Wanita
➡ Hadis Sahih
➡ Cermin Kecil 😆
➡ Asmaul Husna

www.watsap.my/60137386977

Al Quran Pelangi & Tajwid Humaira Zip A5

💲RM70
POS RM10/RM16

Keistimewaan.
💐30 juzuk
💐Size A5
💐Asmaul Husna
💐Panduan Tajwid (Full Colour)
💐Asbabun Nuzul
💐Hadith Sahih
💐Resam Uthmani
💐Terjemahan Bahasa Melayu
💐Panduan Bewaqaf
💐Doa Sujud Tilawah dan Doa Permulaan Baca Quran
💐Indeks Tematik ( Klasifikasi Ayat Quran)

Saturday, August 19, 2017

Diriku



oohhh diri..
Bangkitlah dengan cara apapun..
kerana engkau hidup bukan untuk bersenang-senang...

oohh diri...
Perjalanan pengajian mu hanya tinggal sedikit...
Melangkah lah dengan penuh bergaya..
Jangan engkau mengalah begitu saja....

Ohhh diri...
Kehidupan ada turun naiknya...
Kadang rajin kadang kurang rajin....
Begitu lah Tuhan hendak mengajar hamba Nya jalan mujahadah...

Siapa kata jalan itu mudah ...
siapa kata jangan itu sukar...
segala pandangan atau persepsi itu lahir dari diri engkau sendiri.

Ujian....
Pasti dan pasti Allah beri...
Kerana itu tanda kasih sayang Ilahi
kerana Allah janjikan setiap kesukaran pasti ada kemudahan...
Allah ingatkan hamba Nya sebanyak dua kali di dalam surah Al-Insyirah..
Kau lupa ke...

Oohh diri bangkitlah...
Masa yang diberi tidak lama...
Masa yang lapang akan sempit juga...
Gunakanlah masa yang ada sebaiknya...

Wahai Ilahi...
Bantulah hamba yang kekurangan ini..
Bantulah hamba yang lemah ini...
Hamba tidak mampu berlari, malah berdiri juga tidak mampu 
andai engkau tidak membantu.

Wahai Allah...
Hamba merayu... tolonglah hamba dalam menyiapkan menulisan thesis ini Ya Allah....
Ilham itu milikmu... tetapi juga tiada usaha dari ku... 
Oohhh Allah,
Jauhilah hamba dari perasaan malas yang melampau... 
perasaan malas yang membantut pergerakan ku...
Lawan lah diri...
kerana engkau bukan biasa-biasa...
engkau insan yang istemewa yang Allah pilih untuk berjalan di jalan perjuangan ini....

19 Ogos 2017
10:48 am
Perpustakaan Zarith Sofea, UTM Skudai


Sunday, May 28, 2017

Adakah Kita Sanggup Ramadhan Berlalu begitu sahaja?

Sanggupkah kita melihat ramadhan berlalu begitu sahaja. Tepuk dada tanya lah iman. Penulisan ini bukanlah hendak ditujukan kepada pihak tertentu. Ia lebih kepada ingatan buat diri sendiri dan rakan-rakan sahabat pembaca semua. Kebiasaan kita yang biasa-biasa ini, selepas bersahur, kita akan tertidur (sengaja atau tidak) kita akan melayan sahaja rasa mengantuk itu. Walhal, kita mampu sahaja melawan dengan melalukan aktiviti yang tidak mengantuk. Tapi tahap kesedaran kita kurang. Rasa nak beribadah lebih tu kurang. Allahu ...  

Tidak malukah kita pada Pencipta, setiap apa sahaja kurnia diberi. Nikmat kesihatan, nikmat rasa makanan dan macam-macam lagi nikmat. Persoalannya bersyukurkah kita. Allahu.....

Ayuh teman, tunggu apa lagi... bulan yang kita tunggu-tunggu hanya setahun sekali.
Rebutlah peluang keemasan ini, orang lain sibuk hendak mengatamkan Quran tapi kita. Quran tak buka lagi. Quran kita tenung sahaja dari jauh. 

Orang lain tak boleh ubah diri kita. Kita yang ubah diri kita sendiri. Ingantan buat diri yang hina. 

Nurul Izzati Atan 
2 Ramadhan 1438H
0755 

Friday, May 5, 2017

Aku Tidak Berdaya

Kehidupan bukan semudah yang disangka,
Kehidupan punyai laluan yang penuh liku,
Andai kau fikir kehidupan itu indah sungguh kau silap,
Ia akan indah jika kau meletakkan Tuhan itu teragung.

Jika kau mencari bahagia,
Sungguh bahagia itu tiada di dunia,
Bahagia di dunia hanya sementara,
Sementara dan tidak pasti,
Pemilik bahagia pastinya meletakkan sepenuh cinta kepada Tuhan.

Jangan kau meletakkan harap pada manusia,
Sungguh manusia itu tidak punya apa,
Hanya mampu berbangga dengan raut wajah sementara,
Walhal kudrat juga Tuhan yang punya.

Jika Tuhan tidak menggerakkan,
Pastinya manusia tidak berdaya,
Apa yang difikirkan semua dengan izin dari Dia,
Kita hanya mampu berusaha sedaya upaya.

Jika Tuhan tidak beri,
Kita hanya mampu termenung menginsafi,
Kesilapan kejahilan diri,
Andai kita tahu dan sedar akan buruknya diri.

Namun,
Tuhan tidak sekejam kita,
Dia penuh dengan sifat kasih dan sayang,
Sedarilah ujian yang diberi bukan untuk Dia,
Tetapi untuk kita sedar akan kewujudan Dia,
Agar kita sedar Dia lah yang memberi segala,
Dia pemilik diri kita.
050517
1302

Emosi seorang Ibu

Bismillah Hai semua, happy holiday.... Gembiranya zati lihat sahabat-sahabat Zati berjalan sana-sini. Ada yang berjalan ke luar negara d...