Friday, April 26, 2013

Itu Rasa


Sangka baik itu bukan mudah jika tiada rasa,
Kekadang kita rasa kita upaya hadapi tapi sebaliknya,
Kekadang aku terfikir mengapa sukar untuk bicara,
Tidak semua orang serupa penanya.
Apa yang engkau fikir…tidak sama dengan apa yang difikir,
Anggaplah itu karma hidup berTuhan,
sentiasa tiada jalan indah selagi belum sampai matlamat.

Sang pendidik pernah bicara, hidup ini tidak pernah ada jangan mudah selagi kita belum sampai ke busar.
Doakan kebaikan temanmu.
 Jika benar ikhlasmu melihat mereka gembira, 
Allah akan gantikan dengan nikmat yang lebih indah.

Sukar untuk ku mengungkap kata,
takut-takut bicara hina,
namun aku tiada daya
untuk terus bertahan dengan ini semua.

Duhai sang hati, sabarlah dalam menempuh segala….
Benar ia bukan mudah, namun itu bukan alasan engkau rebah…
Pasaklah jiwa hamba dalam diri insan
Agar langkah mu sehaluan dengan tutur kalam Tuhan.

~Nurul Izzati Atan~
~260413~
~21:24~
KTF,UTM

hanya sebuah coretan rasa hati kehidupan.....
Segalanya kerana Allah...Moga Allah redha dipersimpangan kehidupan ini.....

Tuesday, March 26, 2013

Itu Masa



Itu masa
Sebuah amanah yang besar,
Sia-sia dibiar hilang,
Saat itu tidak kembali dengan saat yang sama,
Waktu itu tidak akan kembali dengan waktu yang sama,
Andai ia hilang sia, maka rugilah kita.

Itu masa,
Terasa singkat,
Dirasakan setahun seperti sebulan,
Sebulan dirasakan seminggu,
Dan seminggu dirasakan sehari,
Benar bicaramu Ya Rasulallah.

Itu masa,
Aku takut akan hilangnya,
Kerana kelak aku ditanya akan gunanya,
Tapi, aku sering alpa dengan pergi nya begitu saja.

Itu masa,
Pintalah kepada pemilik nya,
Agar engkau diberi daya untuk menakluki nya,
Kerana engkau hambaNya yang tiada apa-apa,
Hidup mati hanya bergantung harap semata-mata padaNya.

Ayuh diri!
Itu masa emas,
Barangkali bukan emas, ia nyawa.
Eratlahnya sebaiknya agar jalanmu disusuri redha dariNya.

Nurul Izzati Atan
260313
0100
KTF




Sunday, March 24, 2013

Semester 8

Assalamualaikum....

Rasa nya agak lambat untuk saya menceritakan tentang semester 8 ini kerana sekarang sudah masuk minggu ke 7 kuliah....tetapi  saya nak kongsi kan juga....(^_^)
alhamdulillah...syukur...seperti tidak percaya sudah 8 sem. saya menuntut di bumi UTM.............

Semester ini saya mengambil 7 subjek utama iaitu 

TEKNOLOGI PEMBUATAN
TEKNOLOGI AUTOMOTIF
TEKNOLOGI PEMPROSESAN MAKANAN II
AGROTEKNOLOGI 
ASAS PENGURUSAN INOVASI & PENGELUARAN PRODUK
PENGAJIAN KEMAHIRAN BERFIKIR
PROJEK SARJANA MUDA II

agak mencabar subjek-subjek ini..maklumlah da akhir....kekadang saya terfikir...terutama subjek automotif...huhu.....Ya Allah kenapa aku kene belajar automotif...kurang minat secara jujur nya....minat itu perlu tanam.... itu lah ilmu...dari tidak tahu kepada tahu...tidak faham kepada faham...insyaa Allah sentiasa perbetulkan niat kerana itu ilmu Allah...insyaa Allah ia sangat bermanfaat bagi hamba yang mahu berfikir...so positif....!!

~Ini lah suasana di dalam bengkel automotif....~


Agroteknologi pula.....syukur,..banyak ilmu dipelajari....daripada sem 1 hingga sem 8 ini ...kami tak pernah terpisah daripada ladang....menjalinkan hubungan dengan alam sekeliling....jom kita lihat gambar kami nyer projek...

~membuat baja kompos~

 ~buat batas nak tanam sayur~

~ni bukan buat lubang kubur ok.....ini proses double digging..~

Sem ini juga ada cooking,...banyak yang dipelajari...ia lebih pada proses membuat bahan makanan ..sebagai contoh membuat mee kuning, laksa, air soya.....

~Dr Rizal sedang memberi markah..buat mee kuning, laksa & dadih~

~membuat air soya, taufu fa & tapai~

PSM pula...sangat mencabar diri ku,..perlu berjumpa dengan insan-insan yang berpengalaman di dalam dunia pendidikan..kebanyakkan daripada universiti lain....alhamdulillah...Allah mudahkan urusan ku....love Allah...terima kasih buat adik ku yang sudi menemani ....


~ Daripada kanan...Dr Hanizah Hamzah ...Pegawai di Lembaga Peperiksaan KPT
PM Dr Ahmad Esa...UTHM dan PM Dr Shatar Sabran UPM....
Semoga Kalian sentiasa di dalam rahmat dan kasih sayang Nya~

Cukup setakat ini...insyaa Allah ada kelapangan saya cerita lagi ya....doakan saya dipermudahkan urusan semester akhir ini....terima kasih membaca story saya ini....semoga kita sentiasa berusaha menjadi insan yang lebih baik dari sehari ke sehari....

~wassalam~


"Wahai Allah....ampunilah segala dosaku....Engkau berilah hamba sesungguhan di dalam setiap apa yang hamba lakukan,...jangan Engkau biarkan hamba leka dengan dunia yang sementara ini....berilah hamba kesungguhan dan kekuatan untuk menamatkan pengajian di dalam masa yang telah ditetapkan dengan cemerlang...kuatkan semangat hamba...hanya padaMu hamba meminta Ya Rab..."





Buat mu Teman



Teman
Kehidupan sememangnya dipenuhi dengan liku-liku
Tidak dikatakan beriman seseorang itu selagi dia tidak diuji
Ambil lah pengajaran di sebalik ujian yang Allah beri

Teman
Kekadang kita merasakan diri kita lah yang terbaik, terhebat
Kita lupa akan sebuah kuasa yang Maha Luas
Sebuah kuasa yang infiniti yang tiada pengakhiran
Kita mudah lupa diri
Kembali lah mengingati diri akan seorang hamba di muka bumi

Teman
Jangan sesekali engkau mencari buruk insan lain
Jangan engkau mudah rasakan engkau cukup nilai insani
Takut-takut buruk itu akan menempel pada dirimu kembali
Sedar lah tiada insan yang sempurna di muka bumi
Berkasih sayang lah hidup dipersinggahan ini

Teman
Andai engkau mudah berkecil hati, mudah terasa hati
Sedarlah, jiwa mu belum cukup besar
Hati mu belum kenal erti jatuh bangun
Usahlah dilayan akan rasa itu
Kelak memakan dirimu


Teman
Seringlah kau mengkoreksi
Melihat akan kelemahan diri
Baiki lah dalaman jiwa yang sering tewas dengan duniawi
Andai engkau diuji lihatlah dirimu kembali
Usah menuding jari, melempar keji.

Teman
Bangkitlah jiwa merdeka mu
dengan rindu mu pada kalamNya
dengan mentaati suruhan dan meninggal laranganNya
Jadikan lah yang Rasulullah tinggal itu iaitu Quran & Hadis
Sebagai tunjang dalam langkahmu

Teman
Jangan biarkan diri dibelenggu
Kesamaran yang tiada kesudahan
Bangkitlah dengan kalimah Allah untuk meneruskan perjuangan kehidupan
Jadilah khalifah yang diredhai

Teman
Pesanan ini buat mengingati diriku jua
Diri yang sering alpha
Marilah kita bangkit dengan sebarkanlah cinta Allah.

Nurul Izzati Atan
230313
UTMJB

~Saya Sayang kalian kerana Allah (^_^)~


Thursday, January 10, 2013

cInTa♥

Assalamualaikum....
Alhamdulillah syukur,,masih diberi kekuatan, semangat untuk terus berada dijalanNya..insyaa Allah..

Hari ini ,,tetiba saya rasa nak bercerita pasal cinta..kenapa ea?,,,nak kata saya arif ,tak la arif pun..sbb saya tak kahwin lagi...hihi...ermmm,,,,,tahun akhir nie ramai sahabat-sahabat dah nikah...ada yang bakal menimang cahayamata,,,subhanallah...

Cinta..saya suka membaca berkaitan cinta...awak2 pun suka jgk kan,,,hihi..cinta itu luas maksudnya...cinta pada Pencipta, Rasulullah,,ibu ayah..dan sesama makhluk...cinta sesama makhluk ini lah yang sering dibahaskan dan menjadi tarikan buat para remaja....setuju?,,,,

that why,,,before kita ambil langkah apa2...bekalkan lah diri dengan ilmu...membaca...sebab dari membaca kita dapat tambah ilmu dan tahu apa yang kita tak tahu....agar kita tak tersesat kelak.,,,persoalannya ilmu apa?,,,ilmu yang dapat memberi manfaat...ilmu sebagai anak,,ilmu mcm mana nak jadi anak soleh...ilmu berkaitan persoalan cinta berbeza jantina....

Baru2 ini,,seorang sahabat ingin berkongsi ceritanya dengan saya...berkaitan seorang lelaki ingin berkenalan dengannya...tp sahabat saya ini tak nak lah terburu buru tanpa kenal lelaki ini...banyak persoalan yang dikeutarakan....itu ini..begitu..begini..(da cm lirik lagu ni...)..nasihat saya cuma mohon Allah tunjukkan yang terbaik buat kita....minta lah petunjuk Allah...agar langkah kita tak tersilap...betul kekadang kita malas nak fikir semua ini atau kita biasa2 jer..tpi hati manusia akan cepat terusik dan tersentuh dgn kata2 lelaki andai kita tiada bentengan ,,perisai iman....takut2 kit tersungkur.....namun itu lah lumrah kehidupan...bermula alam kanak2, remaja,percintaan,,perkahwinan,pengajian...banyak lagi kan...sebagai hamba laluilah dengan meletakkan pergantungan dengan Nya...(ingatan buat diri)...

Bagaimana nak mohon petunjuk Allah?,,,,melalui istikharah....pernah dengar tak...
Menurut penulisan Ustazah Fatimah Syarha dalam buku beliau Sebarkan CintaMu...

Istikharah ialah suatu doa dalam membuat sesuatu pilihan sama ada dilakukan dengan cara berdoa sahaja ataupun sebaik baiknya solat sunnah terlebih dahulu kemudian diikuti dengan doa. ia bukan dilakukan dalam urusan memilih jodoh sahja, bahkan dalam apa jua urusan yang melibatkan dilema membuat keputusan. Cohtohnya , mahu membeli kereta VIVA atau Myvi?Mahu balik kampung atau ikut program?
Bagaimana membuat pilihan? Buatlah pilihan dengan istikharah dan berbincang. Berdoa kepada Khaliq dan berbincang dengan makhluk.ikut garis panduan alQuran dan alSunnah.
Namun, tiada istikharah dalam menolak perintah Allah ataupun melakukan laranganNya.contohnya, Mahu pergi dating atau belajar?,,Mahu pakai jean ataupun baju kurung?


Oleh itu, persiapkan diri dengan ilmu dahulu. apa sebenarnya maksud cinta dengan makhluk?bagaimana caranya jika kita suka kat insan itu?,,terus tnya ke doa dahulu ke?..saya nak berbahas mengenai tajuk ini ,,tidaklah arif...jadi anda boleh search jer kat encik google ya,,,cari yg ade hujah dengan hadis dan al Quran..
mudah mudahan kita dipermudahkan dalam bertemu dengan insan pilihanNya dan mengikut lunas lunas yang ditetapkan Allah..Jangan mudah melabuhkn perasaan cinta kepada insan yang tidak pasti, peliharalah diri...moga Allah permudahkan urusan kita dunia akhirat.. dan pelihara diri dan hati kita dari terjatuh kelembah hina...

Peringtan buat diri ,,,,terima kasih sudi membaca...(^_^)....sayang semua♥♡♥

Tuesday, January 8, 2013

Syukur 2013

Bismillahirrahmanirrahim..
Alhamdulillah...syukur,,masih diberi peluang  untuk bernafas di bumi ciptaan Allah ini...
Lama sungguh  entry ni kosong kan,,,,kekangan masa dalam pengajian ini...insyaa Allah tahun akhir ini macam2 perkara ...itu perkara biasa kan bagi seorang pelajar...moga setiap urusan kita mendapat redhaNya...

Pejam kelik..pejam celik da masuk Tahun 2013 kan!...Allahuakbar...terasa cepat masa berlalu ....itu lah penghujung zaman...setahun dirasakan sebulan ,sebulan dirasakan seminggu dan seminggu dirasakan sehari....semoga kita dapat memanfaat masa yg Allah beri sebaiknya,,,ingatan buat diri ini~~

Pelbagai perkara yang berlaku dalam kehidupan ini...bila kita berasa selesa syukur,,,jgn kita alpa dengan nikmat diberi...ingat setiap sesuatu itu adalah nikmat dariNya...ia juga merupakn ujian untuk kita...bagaimana kita menghadapinya....segala nya milik Allah...jangan kufur..tingkatkan syukur...
Syukur di atas nikmat diberi...syukur itu bahagia...

Pertingkatkan muhasabah diri ....andai kita alpa...cepat2 cari lorong u turn...mohon padaNya agar kita sentiasa dipandu ke arah jalan yang lurus....iman manusia turun naik...ikutilah suruhanNya ..agar setiap langkah dipelihara....

Peringatan buat diri dan semua....pertingkatkan hubungan kita dengan pencipta..bila hubungan kita dengan Allah dijaga...Allah akan jaga hubungan kit sesama manusia....Allah akan jentik hati kita andai kita lalai....solat awal waktu....lakukan amalan2 yg baik dengan istiqamah....setiap langkah dgn kebaikan..insyaa Allah kita akan dipandu oleh Nya...
Kejarlah cinta Allah ♥♡♥

Semoga tahun 2013 ini menjadikan usia kita dimanfaatkan dengan sebaiknya....andai kita jatuh,.bangkit !!!...ingat semula matlamat kita didunia ini...sebagai hamba dan khalifah Allah....mohon sahabat2 tegur andai diri ini alpa...semoga kita sentiasa di dalam rahmat dan kasih sayangNya...sebarkan kasih sayang♥♡♥


Saturday, October 13, 2012

PutaRan



seringkali kita melihat 
masalah itu ....masalah ini...
betapa sukar untuk hadapi 

kekadang kita ini sering leka dengan perkara
yang tidak memberi apa-apa
sering tindakan mendahului memikiran yang waras
tidak membezakan kaca dan permata

hati yang suci sering mengingatkan tentang 
perihal insan yang fitrah
yang hidupnya berpaksi dan bertunjangkan NYA

namun itulah insan yang asalnya tanah
yang sifatnya tersangat hina
andai diri kurang taufikNYA 
mungkin terjerumus ke lembah hina

pintalah kekuatan pengharapan 
dari setulus doa insani hati yang luhur 
untuk mengharungi putaran kehidupan ini

teruskan perjuangan hanya mencari redha dariNya,...
Moga hidayah dan taufikNya sentiasa mengiringi
menempuh putaran hidup yang singkat ini..

~131012~
~0551~
KTF

Emosi seorang Ibu

Bismillah Hai semua, happy holiday.... Gembiranya zati lihat sahabat-sahabat Zati berjalan sana-sini. Ada yang berjalan ke luar negara d...