Friday, January 6, 2012

Go!!

Assalamualaikum,...
Bismillahirrahmanirrahim,....

Alhamdulillah syukur,..masih diberi kekuatan, masih bernafas, masih merasai nikmatNya,...syukur,...alhamdulillah dapat juga nak update blog nie,...alhamdulillah hari ini selesai one paper,...subjek Kaedah Penyelidikan dalam Pendidikan,....insyaAllah ada 4 lagi paper,...moga Allah beri kekuatan dan semangat untuk hadapi hari-hari mendatang.....amin..


Rasa macam dah tak terdaya lagi,...nak terbang kat langit,...monolog diri,...Ya Allah bawa hamba terbang,....tapi ingat!!....kehidupan tidak akan sunyi dari diuji,...cuba bayangkan hidup kita tak diuji,....so tak mencabar la kan,...ingat Allah sentiasa bersama kita.....dekatkan diri denganNya,..pertingkatkan taqwa dan iman....

Dengan Iman kita yakin ujian dan cabaran itu datang daripada Allah. Iman menimbulkan rasa baik sangka, rasa pengharapan dan keyakinan kepada pembelaan Allah.
~Ustaz Pahrol Mohamad Juoi~

Allah berfirman yang bermaksud : "Allah tidak menguji manusia melainkan sepadan dengan keupayaan mereka menghadapinya" (Surah al-Baqarah 2:286) 

apabila diriku merasa lemah, tak semangat nak ulangkaji pelajaran....rasa lemah je,..nak nangis ,,,sedih,.....Allah selalu ingatkan dengan hadis dibawah ni,....terus rasa semangat,...'aku kene kuat,..Allah tak suka orang mukmin yang lemah!!!'......

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Orang mukmin yang kuat lebih baik di sisi Allah dan lebih dikasihi daripada orang mukmin yang lemah, sedangkan setiap seorang itu mempunyai kebaikannya (imannya); oleh itu hendaklah engkau bersungguh-sungguh berusaha memperoleh apa yang memberi manfaat kepadamu, serta hendaklah meminta pertolongan kepada Allah dan janganlah engkau bersikap segan dan malas; dan sekiranya engkau ditimpa sesuatu maka janganlah engkau berkata: “Kalaulah aku lakukan itu ini, tentulah akan terjadi begitu begini, tetapi katalah: “Allah telah takdirkan, dan apa yang dikehendaki oleh kebijaksanaan-Nya Ia lakukan, kerana perkataan ‘kalau’ itu membuka jalan kepada hasutan syaitan.”
Riwayat Muslim

Huraian:
Setiap mukmin itu mempunyai tingkat imannya yang tertentu di mana ada yang kuat semangatnya, ilmunya dan kuat pula berusaha untuk mendapatkan kebaikan dalam hidup; manakala setengah yang lain pula adalah sebaliknya.

Seharusnya kita berusaha bersungguh-sungguh dalam mencapai sesuatu di samping meminta pertolongan daripada Allah S.W.T supaya dengan ihsan-Nya Allah memberi taufik dan menjayakan segala usaha yang dilakukan itu kerana manusia walau sebijak mana dan sekuat mana pun ia, tetap berhajat kepada pertolongan dan pimpinan daripada Allah S.W.T.

Demikian juga kita tidak sepatutnya bersikap malas dan malu untuk bekerja serta hanya memasang angan-angan bahawa Allah akan menyampaikan hajat kita dengan alasan Allah itu Maha Berkuasa sedangkan Allah sendiri telah menjelaskan bahawa sesuatu yang boleh diusahakan oleh manusia tidak akan berhasil melainkan setelah diusahakan sebab atau jalan untuk mencapainya.

Sekiranya sesuatu usaha yang dibuat itu ditakdirkan menemui kegagalan maka kita selaku umat Islam dikehendaki menghadapinya dengan perasaan redha, tenang tenteram kerana hal tersebut pasti mengandungi hikmahnya yang tersendiri yang hanya diketahui oleh Allah.

Janganlah sekali-kali disebut perkataan ‘kalau’ jika mengalami kerugian atau kekecewaan kerana ia akan membuka jalan kepada hasutan syaitan yang akan menjadikan seseorang itu gelisah, marah, tidak redha kepada takdir dan ketentuan Allah Yang Maha Esa.


Jadi kalau kita rasa lemah,...stres,...ingat Allah ,...dalam majalah solusi,,terbaca tentang Solat Teras pengurusan stres....solat lima kali sehari semalam menjadikan medan kita untuk mengadu, merintih dan memohon. itulah ubat sebenar stres....insyaAllah,..dekatkan diri kita dengan Allah,..hati menjadi lebih tenang dan semangat....




Saturday, December 17, 2011

CeRiTa HaTi

Bismillahhirrahmanirrahim,...

Assalamualaikum,....

terasa letih,..penat,..semua ada,..pening kepala,....hanya padaNya tempat mengadu sebaik-baiknya,..kan semua,....insyaAllah moga diri ini sentiasa ceria dan bersemangat,...tengah-tengah letih nie,...ternampak sahabat FB yang like lagu cerita hati dari hafiz hamidun,....Allahuakbar,...rasa terbang seketika penat ini menatapi lirik lagu nya,...



Semalam yang telah pergi
Menghilang tanpa jejak
Membawa bersama cereka
Duka dan ketawa

Dan kini ku mencari
Kalau masih ada kesan
Yang terus tersisa di dada
Pantai permainan

Jalanan yang panjang
Bersimpang haluan
Bagai pentas luahan rasa
Tiada sempadan

Pada awan biru ku melakar kata-kata
Pada langit cerah ku panah semua cerita
Dengarlah mentari suara hatiku menyanyi
Bertebangan jiwa merentasi pelangi

Gerimis menitis gugur membasahi bumi
Bagai menangisi sebuah cerita hati
Andai kau fahami semua hikayat pendeta
Seribu tahun kau pasti bisa setia ke alam syurga

Mungkin ada esok
tuk ku ukirkan kalimah
Menjadi arca pembuktian
Pengabdian cinta

wahai diri,..kuatkan diri dalam hadapi semua ini,..semangat untuk menyiapkan semua tugasan-tugasan kuliah,....insyaAllah Allah bersama-samamu....


"Bukankah kami telah melapangkan dadamu (Muhammad)? dan kami pun telah menurunkan bebanmu darimu, yang memberatkan punggungmu, dan kami tinggikan sebutan namamu bagimu. maka sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan. maka apabila engkau telah selesai (dari suatu urusan) tetaplah bekerja untuk urusan yang lain dan hanya kepada Tuhanmulah engkau berharap"
(surah al-Insyirah)

PraKtikaL

Assalamualaikum,...


Alhamdulillah syukur,...syukur,..alhamdulillah masih diberi nafas untuk menghirup udara pemberiannya,...masing-masing status di FB sahabat-sahabat tentang keputusan penempatan latihan mengajar yang akan kami jalani insyaAllah tahun hadapan pada bulan 3 insyaAllah,.....


Alhamdulillah syukur dapat sekolah yang dipilih,....SMK TUN PERAK, MUAR.....sekolah ini merupakan sekolah lamaku,...sebenarnya diri ini tidak mengetahui tentang mengapa dan mengapa hatiku tetap dengan sekolah ini,...rahsiaNya sukar untuk diri ini menyingkap,....sampaikan ada hati yang ku guris,..terluka,...ujian yang tak pernah ku sangka,....berjanji untuk bersama praktikal,..namun ia semua bukan pintaku teman.....sehebat mana perancangan kita,...kepada dialah juga kita berserah dan dialah juga perancang yang terbaik,....insyaAllah tersembunyi 1001 hikmah yang kita tak mengetahui......itu yang ku harap engkau mengerti teman,....maafkan diri ini teman,....


Doa yang tak pernah putus akan engkau mengerti situasi sebenar ku panjatkan,....pergantungan padaNya ku pertingkatkan,....alhamdulillah..alhamdulillah,...alhamdulillah,.....akhirnya engkau mengerti teman,..bersyukurku tidak terhingga akan itu,...alhamdulillah,....walaupun ia pahit untuk diri ini lalui,..insyaAllah percaya ku padaNya akan ada hikmah disebalik semua ini,.....moga dirimu sentiasa,..sentiasa di bawah rahmat dan kasih sayangNya,...amin,....(^_^)
insyaAllah itu lah yang terbaik buat kita,......


kita tidak mengetahui apa yang terbaik untuk diri kita sendiri. Kita hanya penerima, kita BUKAN Pemberi. Yang memberi ialah Allah, dan Allah menegaskan apa yang diberikanNya untuk kita adalah baik belaka. Namun akal kita tidak akan mampu mengetahui rahsia di sebalik yang pahit, pedih dan sakit. Mahunya yang manis-manis sahaja. Apatah lagi nafsu.....ia akan memberontak apabila terjadi sesuatu yang berlawanan dengan kehendak tabienya.



jika yang diharapkan berlaku,syukur. Namun sekiranya berlaku sesuatu yang tidak dijangka dan tidak disangka....bersabarlah. Belum tentu itu satu keburukan. Seringkali keberkatan, kebaikan dan kejayaan dibungkus oleh takdir kepahitan, kerugian dan kegagalan. Seringkali, kita gagal melihat hakikat ini ketika ia sedang berlaku.....namun apabila sedikit masa berlalu barulah kita sedar, rupa-rupanya Allah takdirkan kita berundur ke belakang untuk mengambil lajak bagi melonjak lebih tinggi dan lebih jauh ke hadapan....
-Ustaz Pahrol Mohamad Juoi-




يا حيّ يا قيّوم برحمتك أستغيث أصلح لي شأني كلّه ولا تكلني إلى نفسي طرفة عين..
Ya Allah janganlah Engkau serahkan diriku kepada diriku sendiri walaupun sekelip mata...”


Sekarang fokus adalah pada latihan mengajar,...LM......(^_^)....Alhamdulillah,..semoga segala urusan berjalan lancar.....berdoa dan sentiasa berdoa agar mendapat pentadbiran sekolah yang baik, guru-guru di sekolah baik-baik dan yang terpenting mendapat adik-adik pelajar yang terbaik,...adik-adik pelajar ke anak-anak pelajar,....hehehe,.....sure la adik-adik pelajar,....pelajar la tue,....moga Allah memberi pelajar-pelajar yang terbaik,..amin,....


Dengan itu, lengkapkan diri dengan selengkapnya ilmu pengetahuan, persiapkan diri untuk menjadi guru yang terbaik,...tengok balik nota-nota kuliah yang lama,...ulangkaji subjek-subjek semester 1, 2, 3,4,.....kalau tak,...abis la,....nak mengajar apa nanti k,..pelajar tanya tak leh jawab....insyaAllah boleh buat yang terbaik,.....doakan diriku sahabat-sahabat pembaca semua ya,...(^_^)
perasaan sekarang tak tahu la,...biasa-biasa jer,...cuma semangat untuk memberi yang terbaik,..isnyaAllah,.......

Selamat Maju Jaya semua sahabat-sahabat 3SPH semua,......insyaAllah kami akan mengajar subjek kemahiran hidup,....,semoga dipermudahkan segala urusan,..amin,.....



Thursday, December 8, 2011

JaLaN-JaLaN,..



Assalamualaikum,......

Just nak share gambar,...alhamdulillah 26/11/2011 pergi field trip ke Putrajaya,...melawat Taman Botani dan Taman Herba di UPM,..lawatan ni bagi subjek hortikultur hiasan...agak penat tapi syukur dapat melihat ciptaanNya,...


~ Masjid Putra, Putrajaya ~

kali kedua pergi masjid ini,...(^_^)


~ Dari Masjid Putra ~


~pemandangan dari Taman Botani~


~ Taman Botani ~


~ canopy bridge ~


~ aloe vera ~


~ pegaga ~




agak-agak apa nama dia,.....

..............
..................
............................
....
................




ini lah nama nya,...saya baru tahu ,..selama ni tgk orang tanam,...
sebagai hiasa,....Janggut Adam tau,....(^_^)

insyaAllah ada kesempatan kongsi gambar herba yang lain pula ok,....

wassalam,....

Sunday, November 27, 2011

TanpaMu



TanpaMu Tuhan aku tidak terdaya
TanpaMu Tuhan aku tiada upaya
TanpaMu Tuhan aku bicara tiada kata
TanpaMu Tuhan langkahku tiada hala

Diri ini hilang bicara andai tanpa hadirMu
Diri ini hilang langkah andai tanpa tunjukMu
Diri ini hilang daya andai tanpa kekuatanMu
Diri ini hilang punca andai tanpa ingatanMu 
pada ku

Andai kau bergantung pada manusia, manusia itu juga bergantung pada Tuhan
Andai kau mengharap akan manusia, manusia tiada apa yang kau perlu harapkan
Andai kau fikir teman itu segalanya, teman itu juga bersandar pada Tuhan
Andai tiada kuasa yang satu itu, pasti engkau akan …akan …akan tersungkur lemah tidak terdaya

Bangkitlah wahai diri dengan kuasa yang satu
Kerana kuasa yang satu itu lah sumber kekuatanmu
Sumber yang infiniti itulah yang menciptamu
Kuasa itulah yang menggerakkan setiap kejadian pada dirimu

Hanya dengan pergantungan pada ALLAH yang satu…..

Nurul Izzati Atan
261111
R & R Pagoh

Salam Maal Hijrah 1433H......(^_^).....


marilah kita bersama meningkatkan tingkatan iman serta taqwa kepadaNYA,....

Tuesday, November 15, 2011

Duhai Hati


Sesekali hati mengeluh dengan kesusahan dan kepayahan hidup. Terasa pedih dan rapuh, sakitnya seperti tiada hati lain yang mampu mengerti. Namun tidak tersedarkah hati itu adalah ujian dari Tuhannya? Kepayahan itu sesungguhnya adalah bentuk tarbiyahNya kepada hati. Pernah hati bersyukur kerana mendapat perhatian yang sedemikian dari Tuhannya? Terlebih banyak mengaduh dari bertahmid rasanya.

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta." 
Surah Al-Ankabut ayat 2-3 "

"...dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir." 
Surah Yusuf ayat 12

Tak tersedarkah hati segala yang diberinya itu adalah nikmat; kebahagiaan adalah nikmat, sakit adalah nikmat, perit itu lebih nikmat, jika hati ingin menerima. Duhai hati, sedarlah, bukannya Tuhanmu tidak mendengar segala jerit perih, betapa pedih peritnya derita apa yang dialami, betapa segala yang hati ingin, tidak semua kan hati perolehi. 
Bukankah Dia sudah terang-terang berfirman: 

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." 
Surah Al-Baqarah ayat 216 

Nah, Tuhannya sendiri telah siap mengatur segala rencana perjalanan hidupnya hati. Mengapa harus merungut lagi dengan jalan yang ditempuh. Duri-duri dan halangan itu adalah rahmat. Redha dan pasrah, wahai hati, itulah lumrah. Tidak tersedarkah hati bahawa setiap langkah, setiap kudrat, setiap butir bicara, kerlip mata dan denyut jantung selama ini semuanya nikmat yang Tuhannya beri, Tuhannya pinjamkan. Cara apa dan bagaimana hati gunakan semua pinjaman tersebut? Setiap langkah dan kudrat digunakan untuk ke jalan kebaikankah? Setiap butir bicara hanya yang baik dan berhikmah sajakah? Kerlip mata dan sisa denyut jantung yang masih ada dimanfaatkan dengan amal ibadahkah? Tuhannya berhak mutlak ke atas hati. Kenapa hati masih perlu persoalkan mengapa ujian diturunkan? Tepuk dahi, tanya minda semula. Layakkah hati-hati ini dengan Syurga milik Allah SWT??? 


"Hai Kaumku, sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah kesenangan sementara) dan sesungguhnya akhirat itulah negeri yang kekal. Barangsiapa mengerjakan perbuatan jahat, maka dia tidak akan dibalasi melainkan sebanding dengan kejahatan itu. Dan barangsiapa mengerjakan amalan yang saleh baik laki-laki maupun perempuan sedang ia dalam keadaan beriman, maka mereka akan masuk syurga, mereka diberi rezeki di dalamnya tanpa dihisab."

 (Surah Al Mu'min ; ayat 39-40) 



Duhai hati, janganlah terkorban dengan dunia...Sesungguhnya hidup hati sebenarnya untuk mencari mati yang sempurna... 


sumber : rakanmasjid


Sunday, November 13, 2011

Didik Jadi Cerdik

Assalamualaikum….
Alhamdulillah dapat juga nak update blog,….rindu rasa nyer,…xde idea pon satu hal juga,….malas nak menaip satu hal juga….tapi gagahkan diri ini untuk berkongsi ilmu Allah…insyaAllah…...

insyaAllah ada sedikit perkongsian ilmu mengenai “DIDIK JADI CERDIK”……..sempat menonton  rancangan al-Hidayah di TV3…..penyampai bagi tajuk didik jadi cerdik ini adalah seorang ilmuan di Malaysia, Dr Rubiah  K. Hamzah,…..subhanallah lama tak mendengar ceramah dari beliau…….alhamdulillah rohku mendapat makanan dari apa yang beliau sampaikan,dan moga dapat diamalkan insyaAllah….


mungkin apa yang hendak dikongsi ini tidak sama,..hanya isi penting,…moga sahabat-sahabat semua mendapat input yang baik insyaAllah…..

~Dr. Robiah K. Hamzah~

Dr. Robiah K. Hamzah menyentuh mengenai ilmu. Ilmu yang baik adalah ilmu yang boleh membawa kita mengenal pencipta. Ilmu yang bermanfaat yang boleh menjadikan seseorang rasa kehambaan terhadap Penciptanya. Ilmu yang memberi makanan kepada jasad, roh dan juga jiwa. Ilmu yang meningkatkan lagi rasa cinta kepada Allah dan kekasih Allah, Rasulullah..


Bayangkan, setiap tenaga pengajar serta pendidik di negara ini mampu memberi ilmu yang bermanfaat ini, maka akan damailah sesebuah negara itu. Apabila seorang pelajar itu dapat melihat setiap yang yang dipelajari itu, ada Allah disitu. Sebagai contoh pergerakkan aliran darah di dalam salur darah. mana mungkin darah itu bergerak sentiasa tanpa ada sebuah kuasa Agung...

 Setiap perkara yang diajar itu mempunyai perkaitan dengan segala penciptaan Tuhan….subhanallah,…….indahnya……dengan itu, pelajar akan lihat ilmu yang dipelajari dengan sebuah skop yang luas dan bukan hanya sekadar peperiksaan semata-mata..


Perkara ini mengingatkan ku tentang seorang pensyarah yang aku kagumi iaitu Dr. Rohana Hamzah…(nama ayah Dr.Robiah sama ngan Dr.Rohana la…..hehe…adik beradik ke,….tak tahu la……)…….beliau mengajar ku subjek Perdagangan Dan Keusahawanan semasa tahun 1 dan pada tahun 3 ini…beliau mengajar Industri dan PTV…..setiap topic yang diajarkan pasti beliau kaitkan dengan penciptaan Allah disekeliling. Perkaitan antara hamba dan pencipta. Subhanallah…

.’Ya Rahman rahmatilah pensyarahku dan jadikan aku seorang pendidik yang dapat melahirkan pelajar yang cemerlang dunia dan akhirat’ . doa hati kecil ku agar aku mampu mendidik dan bukan hanya mengajar, pada suatu ari kelak. Amin. insyaAllah……

Berbalik kepada Dr. Robiah K. Hamzah, beliau banyak menyentuh kepada cara didikan ibu bapa kepada seorang anak,……mengingatkan diriku serta memberi persediaan awal kepada ku andai suatu hari nanti diriku diberi umur yang panjang menjadi ibu bapa, insyaAllah….

Didiklah dari kecil lagi konsep mengenal Tuhan dari setiap tindak takduk…..jadikan setiap sesuatu disekeliling adalah tersangat dekat kita dengan pencipta kita, Allah SWT.

Kata Dr. Robiah K. Hamzah.....

Sebelum makan, basuhlah tangan kerana tangan anegarah Allah yang perlu kita sayang serta makanan itu adalah rezeki Allah maka kita perlu hargai dan syukuri…….

Memakai kasut. Kenapa??....kerana kita sayang akan pemberian kaki dari Allah ini. Pemberian Nya hanya satu dan perlu kita syukuri dan gunakannya dengan sebaiknya menuju jalan redhaNya.

Belia berkata….didikan anak-anak dengan penuh nilai kasih sayang…persiapkan diri anda dari sekarang….perbaiki diri menjadi yang lebih baik……sekiranya kita menjadi pendidik, didiklah kejalan redhaNya…menjadi pekerja, pekerja yang menjalankan amanah & tanggungjawab dengan cemerlang, menjadi isteri…isteri yang solehah, menjadi ibu…ibu yang berjaya mendidik anaknya mengenal Allah.


Akhir sekali, iaitu mengajar anak-anak akan kalimah syahadah. Bukan hanya sekadar menyebut tetapi mengetahui makna…..bukan sahaja mengetahui makna tetapi serapkannya kedalam jiwa, roh agar ia dilahirkan secara perlakuan


…Tanya lah diri kita,..dimana letaknya kalimah syahadah kita,..pada lafaznya, maknanya atau ada di dalam roh kita atau juga dimana-mana.


Moga coretanku ini memberi sedikit ilmu kepada semua,….dan dimanfaatkannya kelak,.. Moga diri ini serta bakal-bakal pendidik / pengajar berusaha untuk menyampaikan ilmu yang membawa kecemerlangan di dunia dan akhirat.
insyaAllah.
amin…..
Ya Rahman, ampunilah dosa hamba…pimpinlah hamba kejalan redhaMu….amin Ya Rab…..

Emosi seorang Ibu

Bismillah Hai semua, happy holiday.... Gembiranya zati lihat sahabat-sahabat Zati berjalan sana-sini. Ada yang berjalan ke luar negara d...