TanpaMu



TanpaMu Tuhan aku tidak terdaya
TanpaMu Tuhan aku tiada upaya
TanpaMu Tuhan aku bicara tiada kata
TanpaMu Tuhan langkahku tiada hala

Diri ini hilang bicara andai tanpa hadirMu
Diri ini hilang langkah andai tanpa tunjukMu
Diri ini hilang daya andai tanpa kekuatanMu
Diri ini hilang punca andai tanpa ingatanMu 
pada ku

Andai kau bergantung pada manusia, manusia itu juga bergantung pada Tuhan
Andai kau mengharap akan manusia, manusia tiada apa yang kau perlu harapkan
Andai kau fikir teman itu segalanya, teman itu juga bersandar pada Tuhan
Andai tiada kuasa yang satu itu, pasti engkau akan …akan …akan tersungkur lemah tidak terdaya

Bangkitlah wahai diri dengan kuasa yang satu
Kerana kuasa yang satu itu lah sumber kekuatanmu
Sumber yang infiniti itulah yang menciptamu
Kuasa itulah yang menggerakkan setiap kejadian pada dirimu

Hanya dengan pergantungan pada ALLAH yang satu…..

Nurul Izzati Atan
261111
R & R Pagoh

Salam Maal Hijrah 1433H......(^_^).....


marilah kita bersama meningkatkan tingkatan iman serta taqwa kepadaNYA,....

Comments

Popular posts from this blog

Keluar Dari Zon Selesa

cikgu!...Selamat Hari Guru

Brooch Dari Kain Felt