Friday, January 6, 2012

Go!!

Assalamualaikum,...
Bismillahirrahmanirrahim,....

Alhamdulillah syukur,..masih diberi kekuatan, masih bernafas, masih merasai nikmatNya,...syukur,...alhamdulillah dapat juga nak update blog nie,...alhamdulillah hari ini selesai one paper,...subjek Kaedah Penyelidikan dalam Pendidikan,....insyaAllah ada 4 lagi paper,...moga Allah beri kekuatan dan semangat untuk hadapi hari-hari mendatang.....amin..


Rasa macam dah tak terdaya lagi,...nak terbang kat langit,...monolog diri,...Ya Allah bawa hamba terbang,....tapi ingat!!....kehidupan tidak akan sunyi dari diuji,...cuba bayangkan hidup kita tak diuji,....so tak mencabar la kan,...ingat Allah sentiasa bersama kita.....dekatkan diri denganNya,..pertingkatkan taqwa dan iman....

Dengan Iman kita yakin ujian dan cabaran itu datang daripada Allah. Iman menimbulkan rasa baik sangka, rasa pengharapan dan keyakinan kepada pembelaan Allah.
~Ustaz Pahrol Mohamad Juoi~

Allah berfirman yang bermaksud : "Allah tidak menguji manusia melainkan sepadan dengan keupayaan mereka menghadapinya" (Surah al-Baqarah 2:286) 

apabila diriku merasa lemah, tak semangat nak ulangkaji pelajaran....rasa lemah je,..nak nangis ,,,sedih,.....Allah selalu ingatkan dengan hadis dibawah ni,....terus rasa semangat,...'aku kene kuat,..Allah tak suka orang mukmin yang lemah!!!'......

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Orang mukmin yang kuat lebih baik di sisi Allah dan lebih dikasihi daripada orang mukmin yang lemah, sedangkan setiap seorang itu mempunyai kebaikannya (imannya); oleh itu hendaklah engkau bersungguh-sungguh berusaha memperoleh apa yang memberi manfaat kepadamu, serta hendaklah meminta pertolongan kepada Allah dan janganlah engkau bersikap segan dan malas; dan sekiranya engkau ditimpa sesuatu maka janganlah engkau berkata: “Kalaulah aku lakukan itu ini, tentulah akan terjadi begitu begini, tetapi katalah: “Allah telah takdirkan, dan apa yang dikehendaki oleh kebijaksanaan-Nya Ia lakukan, kerana perkataan ‘kalau’ itu membuka jalan kepada hasutan syaitan.”
Riwayat Muslim

Huraian:
Setiap mukmin itu mempunyai tingkat imannya yang tertentu di mana ada yang kuat semangatnya, ilmunya dan kuat pula berusaha untuk mendapatkan kebaikan dalam hidup; manakala setengah yang lain pula adalah sebaliknya.

Seharusnya kita berusaha bersungguh-sungguh dalam mencapai sesuatu di samping meminta pertolongan daripada Allah S.W.T supaya dengan ihsan-Nya Allah memberi taufik dan menjayakan segala usaha yang dilakukan itu kerana manusia walau sebijak mana dan sekuat mana pun ia, tetap berhajat kepada pertolongan dan pimpinan daripada Allah S.W.T.

Demikian juga kita tidak sepatutnya bersikap malas dan malu untuk bekerja serta hanya memasang angan-angan bahawa Allah akan menyampaikan hajat kita dengan alasan Allah itu Maha Berkuasa sedangkan Allah sendiri telah menjelaskan bahawa sesuatu yang boleh diusahakan oleh manusia tidak akan berhasil melainkan setelah diusahakan sebab atau jalan untuk mencapainya.

Sekiranya sesuatu usaha yang dibuat itu ditakdirkan menemui kegagalan maka kita selaku umat Islam dikehendaki menghadapinya dengan perasaan redha, tenang tenteram kerana hal tersebut pasti mengandungi hikmahnya yang tersendiri yang hanya diketahui oleh Allah.

Janganlah sekali-kali disebut perkataan ‘kalau’ jika mengalami kerugian atau kekecewaan kerana ia akan membuka jalan kepada hasutan syaitan yang akan menjadikan seseorang itu gelisah, marah, tidak redha kepada takdir dan ketentuan Allah Yang Maha Esa.


Jadi kalau kita rasa lemah,...stres,...ingat Allah ,...dalam majalah solusi,,terbaca tentang Solat Teras pengurusan stres....solat lima kali sehari semalam menjadikan medan kita untuk mengadu, merintih dan memohon. itulah ubat sebenar stres....insyaAllah,..dekatkan diri kita dengan Allah,..hati menjadi lebih tenang dan semangat....




No comments:

Emosi seorang Ibu

Bismillah Hai semua, happy holiday.... Gembiranya zati lihat sahabat-sahabat Zati berjalan sana-sini. Ada yang berjalan ke luar negara d...