Mencari Arah





Kekadang aku lupa usaha itu jalan jaya,
usaha itu nilaian pahala,
usaha itu sebuah nikmat yang indah.

Mungkin kurang rasa nak muhasabah,
Sibuk sangat ingat dunia,
Aku lupa usaha itu mendahului tawakal.

Kadang-kala merasakan MASA yang diberi tidak cukup,
Dapat lakukan sedikit perkara sahaja dalam sehari,

Seorang teman ingatkan aku....

Doakan saya diberikan keberkatan masa, rezeki dan kehidupan.
Bukan dengan banyaknya masa... sebab dengannya mungkin saya isi dengan sia-sia.
Bukan dengan banyaknya rezeki... sebab mungkin akan selalu tak mencukupi.
Bukan dengan panjangnya nyawa... tapi yang saya pikul hanyalah dosa.

USAHA , MASA & KEBERKATAN semuanya berkait rapat....

semoga kita semua tidak berputus asa dengan rahmat Allah,
sentiasa panjatkan doa yang tulus,
InshaAllah Dia Maha Mendengar rintihan hamba-hamba Nya....


9 Zulhijjah 1436H
23 Sept 2015

Nurul Izzati Atan

Comments

Popular posts from this blog

cikgu!...Selamat Hari Guru

Keluar Dari Zon Selesa

Perancangan Majlis Walimah