Friday, November 22, 2013

Hijrah Satu Pengorbanan

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum...

Alhamdulillah,..syukur pada Allah masih diberi nikmat pernafasan dan kita masih lagi dapat hidup di bumi Nya,... 


Alhamdulillah... pada 21 November 2013, saya diberi kesempatan untuk menghadiri sebuah majlis ilmu yang bertajuk Hijrah Satu Pengorbanan.. Forum yang diadakan di Kolej Tuanku Canselor (KTC) ini disampaikan oleh pasangan suami isteri iaitu Dr Farhan Hadi dan Ustazah Fatimah Syarha. 

Photo dari www.utusan.com.my


Dr Farhan Hadi ini merupakan seorang doktor perubatan. Manakala, Ustazah pula merupakan pensyarah di universiti tempatan. Hebat saya kira mereka berdua ini... mereka berdua juga merupakan novelis yang menulis novel-novel Islamik.. antara novel mereka adalah....





Syukur alhamdulillah kerana diberi kekuatan untuk ke majlis ilmu ini.. sebab macam dah lama jer tak pergi ke majlis ilmu ini... rindu pun ada... ramai mahasiswa dan mahasiswi hadir ke forum Hijrah Satu Pengorbanan... sebelum ini ceramah Ustazah Fatimah Syarha ada dianjurkan di UTM iaitu di bilik kuliah besar. Namun, ia agak tidak selesa kerana tempat terhad. Alhamdulillah kali ini di dewan kolej... selesa walaupun ramai.... alhamdulillah...



Antara intipati yang saya dapat kongsikan bersama teman-teman semua....

Hijrah Rasulullah.. ia merupakan sebuah suruhan Allah kepada Baginda. Di dalam sejarah penhijrahan ini, ada tiga watak utama iaitu ....
Saidina Ali, Saidina Abu Bakar dan Asma' Binti Abu Bakar.... 

Insan-insan hebat ini sewajarnya menjadi contoh buat generasi muda. Di mana kita lihat Ali menggantikan Baginda di tempat tidur. Ali tidak gentar apabila rumah Baginda di kepong oleh para musuh. Dr Farhan mengingatkan kita supaya mencari kawan-kawan yang soleh dan solehah. Iaitu mereka yang boleh mengingatkan kita pada Allah dan agama. 

Di dalam melakukan sesebuah perkara seperti belajar contohnya. Kita perlu melakukan mengorbanan iaitu pengorbanan terhadap masa lapang, kesihatan dan usia. Kita hendaklah keluar daripada zon yang selesa. Teringat saya akan kata-kata Ustaz Pahrol, yang bermaksud 'dunia ini tempat kita berpenat-penat, di akhirat sana nanti tempat kita istirehat'... Allahurabbi....Ubah diri untuk menjadi hamba yang lebih baik. Bukan mudah jalan menuju kebenaran.. ianya ditaburi duri, namun jangan mudah putus asa kerana Allah menjanjikan syurgaNya. 

Dr Farhan ada mengingatkan pada akhir ucapannya, perbanyakkan istiqfar. Paling kurang pun 70 kali sehari. Beliau menyatakan the power of istiqfar cukup hebat...orang yang tidak mengandung pun boleh mengandung dengan amalan istiqfar ini. Istiqfar juga menjadikan rezeki dimurahkan. Ingatan buat diri saya juga...ayuh ummah,..perbanyakkan istiqfar. Kita hanya hamba biasa yang tiada apa-apa, sering melakukan dosa dan alpa dengan dunia. Muhasabah diri dan terus bangkit. 

Ustazah juga ada mengingatkan bahawa hijrah jiwa dengan membina rasa cinta pada Nabi. 
Membaca sirahnya, teladani akhlak Nabi, lihat apa jasa Nabi... apabila mencontohinya Nabi menjadikan kita insan yang lebih bermisi.. semoga kita ada roh untuk terus bawa misi dan visi Allah dan Nabi. 



Plan our work.
Work our plan.

Harian.
Mingguan. 
Bulanan. 
Tahunan.

Semuanya suatu 'perjalanan' yang perlu dirancang.

Sama sama, insya Allah.

Terima kasih atas kebaikan warga UTM, Skudai. :')




ini post dan gambar di Facebook Ustazah... 
Fatimah Syarha

Terima Kasih atas ilmu yang dikongsi bersama. Semoga Ustazah Fatimah dan Dr Farhan sentiasa dirahmati Allah.

Terima Kasih sudi membaca...

Salam kasih sayang semua,.. (^_^)





No comments:

Emosi seorang Ibu

Bismillah Hai semua, happy holiday.... Gembiranya zati lihat sahabat-sahabat Zati berjalan sana-sini. Ada yang berjalan ke luar negara d...