Wednesday, January 11, 2012

Dengan Mu aku Hidup

Dengan Mu aku Hidup

Dengan Mu aku hidup
Dengan Mu aku mati
Hanyalah padaMu
Hanyalah untukMu
Hidup kan dijalani

PadaMu ku berserah
PadaMu ku berpasrah
Hanyalah padaMu
Hanyalah untukMu
Hidup kan dijalani

Engkau Allah yang Maha Mendengar
Engkau Allah yang Maha Penyayang
Engkau yang mengampuni
Engkau yang memaafkan
Engkau Allah

Allahurrahman Allahurrahim
Allahul malikul kuddusussalam
Allahul mukmin allahul muhaymin
Allahul azzizul jabbarrul muttaqabbir

 ~Opick~


Di dalam mengharungi kehidupan,…kita tidak akan terlepas dari melakukan kesilapan…itulah kelemahan, kekurangan setiap manusia….iman manusia kekadang tinggi kekadang rendah,….daripada kesilapan itulah, kita koreksi diri kita ,..muhasabah kembali dimanakah kita disisiNya….

Setiap ujian yang diberi itu adalah menjadikan diri kita kembali dekat denganNya,…dan mengakui segala kesilapan,…dalam masa yang sama Allah menjadikan kita kuat dan matang dalam menghadapi ujianNya,,,,,.pertingkatkan doa dan baiki hubungan denganNya kembali agar rahmat, taufik dan hidayah Nya sentiasa bersama kita di dalam setiap langkah kehidupan kita……

Bersangka baiklah dengan Allah…..sesungguhnya Allah bersama sangkaan hamba-hambaNya,…..jangan putus asa,….kuatkan semangat,…nikmat iman itu tersangatlah indah,…tidak boleh digambarkan bagaimana,,….

Semoga kita semua di dalam rahmat dan kasih sayangNya,…amin Ya Rab……



3 lagi paper final…insyaAllah you can do your best,….pertingkatkan usaha dan perbanyakan doa,….(^_^)


110112
caHaYaHaTi
10:48am

Friday, January 6, 2012

Go!!

Assalamualaikum,...
Bismillahirrahmanirrahim,....

Alhamdulillah syukur,..masih diberi kekuatan, masih bernafas, masih merasai nikmatNya,...syukur,...alhamdulillah dapat juga nak update blog nie,...alhamdulillah hari ini selesai one paper,...subjek Kaedah Penyelidikan dalam Pendidikan,....insyaAllah ada 4 lagi paper,...moga Allah beri kekuatan dan semangat untuk hadapi hari-hari mendatang.....amin..


Rasa macam dah tak terdaya lagi,...nak terbang kat langit,...monolog diri,...Ya Allah bawa hamba terbang,....tapi ingat!!....kehidupan tidak akan sunyi dari diuji,...cuba bayangkan hidup kita tak diuji,....so tak mencabar la kan,...ingat Allah sentiasa bersama kita.....dekatkan diri denganNya,..pertingkatkan taqwa dan iman....

Dengan Iman kita yakin ujian dan cabaran itu datang daripada Allah. Iman menimbulkan rasa baik sangka, rasa pengharapan dan keyakinan kepada pembelaan Allah.
~Ustaz Pahrol Mohamad Juoi~

Allah berfirman yang bermaksud : "Allah tidak menguji manusia melainkan sepadan dengan keupayaan mereka menghadapinya" (Surah al-Baqarah 2:286) 

apabila diriku merasa lemah, tak semangat nak ulangkaji pelajaran....rasa lemah je,..nak nangis ,,,sedih,.....Allah selalu ingatkan dengan hadis dibawah ni,....terus rasa semangat,...'aku kene kuat,..Allah tak suka orang mukmin yang lemah!!!'......

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Orang mukmin yang kuat lebih baik di sisi Allah dan lebih dikasihi daripada orang mukmin yang lemah, sedangkan setiap seorang itu mempunyai kebaikannya (imannya); oleh itu hendaklah engkau bersungguh-sungguh berusaha memperoleh apa yang memberi manfaat kepadamu, serta hendaklah meminta pertolongan kepada Allah dan janganlah engkau bersikap segan dan malas; dan sekiranya engkau ditimpa sesuatu maka janganlah engkau berkata: “Kalaulah aku lakukan itu ini, tentulah akan terjadi begitu begini, tetapi katalah: “Allah telah takdirkan, dan apa yang dikehendaki oleh kebijaksanaan-Nya Ia lakukan, kerana perkataan ‘kalau’ itu membuka jalan kepada hasutan syaitan.”
Riwayat Muslim

Huraian:
Setiap mukmin itu mempunyai tingkat imannya yang tertentu di mana ada yang kuat semangatnya, ilmunya dan kuat pula berusaha untuk mendapatkan kebaikan dalam hidup; manakala setengah yang lain pula adalah sebaliknya.

Seharusnya kita berusaha bersungguh-sungguh dalam mencapai sesuatu di samping meminta pertolongan daripada Allah S.W.T supaya dengan ihsan-Nya Allah memberi taufik dan menjayakan segala usaha yang dilakukan itu kerana manusia walau sebijak mana dan sekuat mana pun ia, tetap berhajat kepada pertolongan dan pimpinan daripada Allah S.W.T.

Demikian juga kita tidak sepatutnya bersikap malas dan malu untuk bekerja serta hanya memasang angan-angan bahawa Allah akan menyampaikan hajat kita dengan alasan Allah itu Maha Berkuasa sedangkan Allah sendiri telah menjelaskan bahawa sesuatu yang boleh diusahakan oleh manusia tidak akan berhasil melainkan setelah diusahakan sebab atau jalan untuk mencapainya.

Sekiranya sesuatu usaha yang dibuat itu ditakdirkan menemui kegagalan maka kita selaku umat Islam dikehendaki menghadapinya dengan perasaan redha, tenang tenteram kerana hal tersebut pasti mengandungi hikmahnya yang tersendiri yang hanya diketahui oleh Allah.

Janganlah sekali-kali disebut perkataan ‘kalau’ jika mengalami kerugian atau kekecewaan kerana ia akan membuka jalan kepada hasutan syaitan yang akan menjadikan seseorang itu gelisah, marah, tidak redha kepada takdir dan ketentuan Allah Yang Maha Esa.


Jadi kalau kita rasa lemah,...stres,...ingat Allah ,...dalam majalah solusi,,terbaca tentang Solat Teras pengurusan stres....solat lima kali sehari semalam menjadikan medan kita untuk mengadu, merintih dan memohon. itulah ubat sebenar stres....insyaAllah,..dekatkan diri kita dengan Allah,..hati menjadi lebih tenang dan semangat....




Emosi seorang Ibu

Bismillah Hai semua, happy holiday.... Gembiranya zati lihat sahabat-sahabat Zati berjalan sana-sini. Ada yang berjalan ke luar negara d...