Wednesday, September 2, 2015

Meniti Kehidupan

Letih, lelah ....
Apa lagi kata yang seerti boleh diungkapkan,
Meraba dalam mata yang terbuka,
Tetapi masih gelap dipenghujungnya.

Puas menjalankan sebuah amanah,
Adakah boleh dikatakan puas jika umur baru setahun jagung?...
Allahu..... renungilah...

Kehidupan...
Bukan suatu yang mudah,
Bukan berjalan tanpa arah,

Ia memerlukan kesabaran dan kebijaksanaan,
Ia memang meletihkan dan memenatkan,
Namun insan, sedarilah ia sebuah nikmat.....
Nikmat yang boleh diertikan oleh insan yang bersabar,
Insan yang tahu tabah,
Insan yang pegang janji Tuhan,
Insan yang sedar akan matlamat adalah Jannah.


Biarlah lelah itu basi,
Kerana ia hanya sementara,
Patahkan kata-kata dusta,
Dalam melayari bahtera di lautan bergelora,
Kerana dunia kini perlukan seorang insan yang tabah,
Sanggup berjuang demi mengejar redha Tuhan
dan menjadikan Allah tempat bersandar.

2 September 2015
Nurul Izzati Atan

Sunday, May 3, 2015

Jodoh Berdua

Jodoh berdua....begitulah takdir.... Ehh.. lagu Hafiz Hamidun laa.. hihi

Alhamdulillah,
Itu takdirnya,
Jawapan dalam setulus permohonan istikharah,
Mengharap redha dan keampunan Nya.

Tanggal 
20 Februari 2015

Bersamaan
  1 Jamadilawal 1436H
aku telah selamat diijab kabul dengan seorang
syabab.......



Teman sejiwa,
Terima kasih atas segala bahagia,
Mungkin aku dan kau tidak mengungkap,
Namun nikmat bahagia syukuri anugerah dari Nya,

Perjalanan kita baru bermula,

Bukan mudah tetapi inshaAllah,
Ini aturan yang terbaik buat kita.

Untuk permulaan ini,

Aku lihat kau tak jauh beza dari aku,
Hanya yang beza setengah perkara,
Setiap perlakuan mu reflect diri ku,
dan sebaliknya juga.....
Subhanallah!!..
 indah bukan Allah ciptakan insan berpasang-pasangan....


Semoga mahligai yang dibina membawa aku ke sebuah wilayah cinta Agung yang lebih utuh dalam memacu kejayaan kehidupan di dunia dan akhirat.
Semoga baitulmuslim ini dilimpahi sakinah mawaddah wa rahmah....Amin Ya Rab

Doakan kami ya teman-teman

  Terima kasih sudi membaca.. ^_^


Sunday, June 29, 2014

Langkah ku Kini Berbeza

Langkah demi langkah,
Membina kedewasaan diri,
Terasa berat melangkah,
Namun, tanggungjawab besar bakal ku pikul kini.

Rasa sedih itu biasa,
Kerana langkah itu berbeza,
Engkau yang memilihnya,
Jangan biar rasa itu beraja,
kerana engkau telah memohon petunjuk Dia.

Kuatkan diri menempuh segala,
Engkau masih bergelar mahasiswa sarjana,
Ingat bukan biasa-biasa,
Lakukan ia dengan penuh bahagia.

Benar bukan mudah,
Benar jalannya berliku,
Lalui lah dengan sungguh,
Cekal lah menempuh,
Kerana takdirmu bukan biasa,
Tapi takdirmu menuju langkah ke syurga.

Janganlah engkau bermuram-durja,
Kerana engkau insan pilihan Dia,
Mengharungi dunia yang berbeza,
Berkorban rasa demi bangsa,
Semoga perjalananmu ini memberi cinta,
Cinta kepada setiap makhluk Nya.

Jangan lah engkau lupa,
Langkahmu membutu pergantungan hanya pada Dia semata,
Yang memberi luasnya kurnia,
Semua yang keliling pinjaman sementara,
Selamat berjuang wahai diri hina.

Sek Men Keb Semenchu itu lah dia,
Takdirku bersama kota juga felda,
Tidak ku duga,
Pasti Dia sebaik yang merencana,
Semoga dengannya aku membina jiwa,
Jiwa hamba yang luar biasa.

Alhamdulillah......

Nurul Izzati Atan
29 Jun 2014
1 Ramadhan 1435H

Wednesday, June 11, 2014

Sebenarnya

Sebenarnya kau mencari apa,
Hanya pandangan kosong,
Fikiran terawang,
Seksa sungguh rasa kosong,
Tanpa arah.

Sebenarnya kau perlu cinta,
Kau cari erti cinta,
Cinta yang dibalas,
Kasih yang tidak sebelah.

Bila ku lihat manusia,
Aku kosong kembali,
Lihat sekeliling penuh keduniaan juga ku kosong,
Mana sebenarnya cinta yang ku cari.

Sebenarnya...
Aku rindu...
Rindu teramat....
Rasa rindu pada yang membalas cinta,
Setiap yang indah tingkah ku pasti di balas,
Jika ku tersasar pasti Dia hamparkan kasih sayang Nya,
Agar aku kembali ke jalan kebenaran.

Sungguh bahagia bila di sayang,
Hembusan ketenangan di jiwa yang teramat damai,
Ya... rasa tenang itu yang ku cari,
Bahagia...
Cinta damai abadi....

11062014
Nurul Izzati Atan



Saturday, May 17, 2014

Dia Penyubur Jiwa



Dia suburkan jiwa yang kontang,
Wajah manis yang mendamaikan,
Senyuman bahagia bukan kepalang,
Berkongsi memberi penuh semangat kesungguhan.

Dia memberi sinar buat diri,
Menyuluh kehidupan bererti,
Menjadikan diri insan memberi,
Dia yang sentiasa ku ingati.

Kesabaran kesungguhan sangat tinggi,
Tidak pernah ku lihat mereka alpa walau sekali,
Memberi kasih dan ilmu buat semua insani,
Dia penyuluh cahaya dari ku kecil hingga kini.

Dia yang bernama guru, cikgu, pensyarah, ustaz, ustazah, murabbi, muallim,
Seumpamanya mereka menyuluh kegelapan,
Jasa mereka buat kehidupan dalam keringat yang diperah,
Dengan izinNya syurga tertinggi sebagai balasan.

Terima kasih ku ucapkan buat mereka insan hebat,
Semoga hebatnya mereka di mata ku juga di sisi Pencipta,
Tidak terbalas jasa dalam mendidik dan merenjiskan keringat,
Sungguh ku amat merindui dan mengingati setiap satu meraka.

Ku ucapkan SELAMAT HARI GURU
Semoga kalian dirahmati dan terus dilimpahi kasih sayang Tuhan...

Nukilan 
Nurul Izzati Binti Atan
16 Mei 2014
cahayahati_libra90@yahoo.com

Tadika Kesang Tasek, Sek Keb Kesang Tasek, Sek Agama Kesang Tasek, Sek Agama Simpang Lima Pekan, Sek Agama Bandar Pontian, Sek Agama Bukit Gambir, SMA Maahad Pontian, SMK Tun Perak, SMKA Maahad Muar, Pusat Bahasa Titian Jaya, Kolej Matrikulasi Johor, Universiti Teknologi Malaysia. 


Sunday, May 11, 2014

Kasih mu Ibu


Sebuah kasih ku rasakan,
Dari pelukan seorang insan bergelar ibu,
Dari ku kecil hingga ku besar,
Tidak pernah sekali jemu mengatur kehidupan ku.

Duhai ibu,
Anak mu rindu akan belai kasih mu,
Kata-kata yang terbit dari bibir mu,
Menjadi kekuatan dalam setiap apa yang ku lakukan,
Dari sekecil perkara hingga sebesar impian.

Ku terfikir,
Dapatkah diri ku  membelas setiap pengorbanan mu,
Setiap jerih perih engkau padaku,
Sungguh ibu, diriku tidak mampu
Kerana nilaian pengorbananmu hanya Dia yang Maha Menghitung.

Aku di sini...ibu,
Sedaya upaya mendoakan kesejahteraan, kebahagiaan dirimu,
Ku merintih agar Dia memberikan mu syurga,
Ya syurga, syurga adalah ganjaran selayaknya buat mu ibu,
Itu doa kudusku buatmu ibu.

Maaf kan ku andai perilaku dan percakapanku,
Sering melukakan hatimu,
Kadang kala aku terlupa,
Engkau ibu ku,.. syurgaku pada kakimu,
Redha Tuhan ku terletak pada redha mu, Ibu.....

Duhai insan bergelar anak,
Sedarlah ibu hanya pinjaman sementara,
Manfaatkan sementara dia di sini...
dengan menzahirkan bahagia kepada mereka,
Zahirkan dengan bertanya khabar,
Zahirkan dengan mendoakan,
Zahirkan dengan menjadi anak yang soleh,
Bukan anak yang toleh.
Hargailah....

Semoga kita semua menjadi anak-anak yang hebat,
Anak-anak yang menyayangi ibu kerana Allah,
 Doa anak yang soleh adalah amal yang tidak putus,
 Buat kehidupan mereka di sana nanti.

Kasih mu amat bernilai buat ku IBU...........

Nurul Izzati Atan
11052014
UTM Skudai


Tuesday, May 6, 2014

Rasa-rasa itu biasa

Terasa diri jemu di medan,
Terasa longlai dalam melangkah,
Terasa malas untuk mengorak,
Terasa untuk berhenti di persimpangan,
Adakah rasa itu sudah penamat.

Jalanan seorang pejuang bukan setakat rasa-rasa,
Malah besar lagi ujian yang bakal ditempuh,
Rasa-rasa itu biasa..
Biasa dalam proses kehidupan insan bergelar hamba
Insan bergelar khalifah.

Dilantiknya kita sebagai pejuang kehidupan,
Perancang kehidupan bukan biasa-biasa,
Tetapi hadirnya kita untuk mencipta luar biasa,
Itu perjalanan kehidupan yang penuh dengan rangka.

Rasa-rasa itu biasa,
Kerana kita insan biasa,
Yang mudah lupa dek pesona dunia,
Rasa ingin bersenang-senang dengan masa,
Nikmat masa yang tiada tolok gandingnya.

Laluilah perjalanan mu insan dengan bahagia,
Dengan berpegang janji Sang Pencipta,
Kerana sesungguhnya dia tidak pernah berdusta,
Dalam mengurniai syurga buat sang hamba hina.

Sabar lah duhai pejuang,
Kata-kata pejuang hebat,
Di dunia tempat bersusah-susah,
Tempat berpayah-payah..
Kerana apa...
.....
.....
....
Kerana nilaian syurga itu teramatlah bernilai..
Bukan untuk insan yang biasa-biasa..tetapi untuk insan yang luar biasa..
Allahuakbar!
Allahuakbar!
Allahuakbar!


Nurul Izzati Atan
UTM Skudai

06052014

Emosi seorang Ibu

Bismillah Hai semua, happy holiday.... Gembiranya zati lihat sahabat-sahabat Zati berjalan sana-sini. Ada yang berjalan ke luar negara d...