يَسْتَخْفُونَ مِنَ النَّاسِ وَلاَ يَسْتَخْفُونَ مِنَ اللّهِ وَهُوَ مَعَهُمْ إِذْ يُبَيِّتُونَ مَا لاَ يَرْضَى مِنَ الْقَوْلِ وَكَانَ اللّهُ بِمَا يَعْمَلُونَ مُحِيطاً
Firman Allah S.W.T :
mereka bersembunyi dari manusia, tetapi mereka tidak bersembunyi dari Allah, padahal Allah beserta mereka, ketika pada suatu malam mereka menetapkan keputusan rahasia yang Allah tidak redlai. Dan adalah Allah Maha Meliputi (ilmu-Nya) terhadap apa yang mereka kerjakan.(an-nisa':108)
Sejak dulu hingga kini, saya sering terfikir apa tujuan kita menuntut ilmu, pelbagai jawapan muncul
dari minda, tetapi tiada satu pun yang memuaskan hati.
kesempatan yg ada ni, saya ingin membuat satu survey tak rasmi, iaitu apa tujuan anda menuntut ilmu.
jawapan yg diberikan mestila ikhlas (tanpa riak di sudut hati), jujur (tidak menipu), dan rendah diri (tidak bongkak,bodoh sombong).
Cth:
jika jurusan anda lebih kepada Agama (usuludin,syariah, pengajian Islam atau seumpama dengannya)
apa tujuan anda menuntut ilmu? adakah ingin menunjukkan kehebatan diri dalam hukum-hakam?
atau ingin membida'ahkan sekumpulan manusia yg tidak sealiran dengan kita? atau demi kasih sayang supaya manusia tidak
terjebak di lembah kemaksiatan?
jika bidang anda lebih kepada perubatan, apa tujuan anda belajar dalam bidang tersebut?
adakah ingin mendapat title 'Dr' , atau ingin mendapat gaji berbelas ribu ringgit
boleh jadi juga utk berbangga yg kononnya bidang perubatang adalah jenis bukan calang2 manusia dapat kuasai
atau ingin membantu si pesakit yg menderita?
jika anda mengambil bidang psikologi, apa motif anda belajar?
adakah ingin digelar genius semula jadi atau ingin membantu mereka yg mempunyai masalah jiwa raga?
atau ingin mengenakan perangkap psikologi demi memuaskan hawa nafsu?
begitu juga mereka yg belajar dalam ekonomi,
adakah utk mendapat gaji lumayan atau ingin memhapuskan riba-riba yg
wujud dalam sumber kewangan negara atau ingin membantu mereka yg miskin?
Jika wujud perkara2 yg terlarang dalam hati anda seperti yg saya sebutkan diatas
lebih baik anda jangan sertai survey ini, kemungkinan utk anda dapat dosa secara percuma adalah tinggi.
orang yg rugi adalah anda sendiri bukan saya.
sebagai penutup, mari kita lihat sabda Rasulullah S.A.w :
Daripada Ka’ab bin Malik r.a, katanya : Aku mendengar RasululLah s.a.w. bersabda:
“Sesiapa yang menuntut ilmu (agama) untuk menyaingi ulama, atau berbahas dengan orang jahil, atau supaya dengan ilmu tersebut wajah orang ramai tertumpu kepadanya, maka Allah masukkan dia ke dalam neraka.” (Riwayat al-Tirmizi, Ibn Majah daripada Ibn ‘Umar, al-Hakim daripada Jabir bin ‘Abdillah. Al-Hakim mensahehkannya dan disetujui oleh al-Zahabi.)
“Daripada Abu Hurairah ; Sabda RasululLah s.a.w. :
“ Sesiapa yang mempelajari sesuatu ilmu yang dengannya dicari redha Allah Azza wa Jalla, tetapi dia tidak mempelajarinya kecuali untuk mendapatkan habuan dunia, maka dia tidak akan mendapat bau syurga pada hari kiamat.” (riwayat Abu Daud dan Ibn Majah. Al-Nawawi mensahihkannya dalam Riyadh al-Solihin – lihat Ibn ‘Allan, Dalil al-Falihin, 4/191 cetakan Dar al-Fikr, Beirut)
Ana nak mohon maaf andai ada tindak-tanduk, tutur bicara yang mengguris hati sepanjang ukhwah ini terjalin,..semoga Allah pertemukan kita dengan ramadhan tahun hadapan,...dan sentiasalah bermuhasabah diri,.. agar kita sentiasa menjadi lebih baik hari demi hari insyaAllah,....Amin....