Sanggupkah kita melihat ramadhan berlalu begitu sahaja. Tepuk dada tanya lah iman. Penulisan ini bukanlah hendak ditujukan kepada pihak tertentu. Ia lebih kepada ingatan buat diri sendiri dan rakan-rakan sahabat pembaca semua. Kebiasaan kita yang biasa-biasa ini, selepas bersahur, kita akan tertidur (sengaja atau tidak) kita akan melayan sahaja rasa mengantuk itu. Walhal, kita mampu sahaja melawan dengan melalukan aktiviti yang tidak mengantuk. Tapi tahap kesedaran kita kurang. Rasa nak beribadah lebih tu kurang. Allahu ...
Tidak malukah kita pada Pencipta, setiap apa sahaja kurnia diberi. Nikmat kesihatan, nikmat rasa makanan dan macam-macam lagi nikmat. Persoalannya bersyukurkah kita. Allahu.....
Ayuh teman, tunggu apa lagi... bulan yang kita tunggu-tunggu hanya setahun sekali.
Rebutlah peluang keemasan ini, orang lain sibuk hendak mengatamkan Quran tapi kita. Quran tak buka lagi. Quran kita tenung sahaja dari jauh.
Orang lain tak boleh ubah diri kita. Kita yang ubah diri kita sendiri. Ingantan buat diri yang hina.
Nurul Izzati Atan
2 Ramadhan 1438H
0755