Assalamualaikum….
Alhamdulillah dapat juga nak update blog,….rindu rasa nyer,…xde idea pon satu hal juga,….malas nak menaip satu hal juga….tapi gagahkan diri ini untuk berkongsi ilmu Allah…insyaAllah…...
insyaAllah ada sedikit perkongsian ilmu mengenai “DIDIK JADI CERDIK”……..sempat menonton rancangan al-Hidayah di TV3…..penyampai bagi tajuk didik jadi cerdik ini adalah seorang ilmuan di Malaysia, Dr Rubiah K. Hamzah,…..subhanallah lama tak mendengar ceramah dari beliau…….alhamdulillah rohku mendapat makanan dari apa yang beliau sampaikan,dan moga dapat diamalkan insyaAllah….
mungkin apa yang hendak dikongsi ini tidak sama,..hanya isi penting,…moga sahabat-sahabat semua mendapat input yang baik insyaAllah…..
~Dr. Robiah K. Hamzah~
Dr. Robiah K. Hamzah menyentuh mengenai ilmu. Ilmu yang baik adalah ilmu yang boleh membawa kita mengenal pencipta. Ilmu yang bermanfaat yang boleh menjadikan seseorang rasa kehambaan terhadap Penciptanya. Ilmu yang memberi makanan kepada jasad, roh dan juga jiwa. Ilmu yang meningkatkan lagi rasa cinta kepada Allah dan kekasih Allah, Rasulullah..
Bayangkan, setiap tenaga pengajar serta pendidik di negara ini mampu memberi ilmu yang bermanfaat ini, maka akan damailah sesebuah negara itu. Apabila seorang pelajar itu dapat melihat setiap yang yang dipelajari itu, ada Allah disitu. Sebagai contoh pergerakkan aliran darah di dalam salur darah. mana mungkin darah itu bergerak sentiasa tanpa ada sebuah kuasa Agung...
Setiap perkara yang diajar itu mempunyai perkaitan dengan segala penciptaan Tuhan….subhanallah,…….indahnya……dengan itu, pelajar akan lihat ilmu yang dipelajari dengan sebuah skop yang luas dan bukan hanya sekadar peperiksaan semata-mata..
Perkara ini mengingatkan ku tentang seorang pensyarah yang aku kagumi iaitu Dr. Rohana Hamzah…(nama ayah Dr.Robiah sama ngan Dr.Rohana la…..hehe…adik beradik ke,….tak tahu la……)…….beliau mengajar ku subjek Perdagangan Dan Keusahawanan semasa tahun 1 dan pada tahun 3 ini…beliau mengajar Industri dan PTV…..setiap topic yang diajarkan pasti beliau kaitkan dengan penciptaan Allah disekeliling. Perkaitan antara hamba dan pencipta. Subhanallah…
.’Ya Rahman rahmatilah pensyarahku dan jadikan aku seorang pendidik yang dapat melahirkan pelajar yang cemerlang dunia dan akhirat’ . doa hati kecil ku agar aku mampu mendidik dan bukan hanya mengajar, pada suatu ari kelak. Amin. insyaAllah……
Berbalik kepada Dr. Robiah K. Hamzah, beliau banyak menyentuh kepada cara didikan ibu bapa kepada seorang anak,……mengingatkan diriku serta memberi persediaan awal kepada ku andai suatu hari nanti diriku diberi umur yang panjang menjadi ibu bapa, insyaAllah….
Didiklah dari kecil lagi konsep mengenal Tuhan dari setiap tindak takduk…..jadikan setiap sesuatu disekeliling adalah tersangat dekat kita dengan pencipta kita, Allah SWT.
Kata Dr. Robiah K. Hamzah.....
Sebelum makan, basuhlah tangan kerana tangan anegarah Allah yang perlu kita sayang serta makanan itu adalah rezeki Allah maka kita perlu hargai dan syukuri…….
Memakai kasut. Kenapa??....kerana kita sayang akan pemberian kaki dari Allah ini. Pemberian Nya hanya satu dan perlu kita syukuri dan gunakannya dengan sebaiknya menuju jalan redhaNya.
Belia berkata….didikan anak-anak dengan penuh nilai kasih sayang…persiapkan diri anda dari sekarang….perbaiki diri menjadi yang lebih baik……sekiranya kita menjadi pendidik, didiklah kejalan redhaNya…menjadi pekerja, pekerja yang menjalankan amanah & tanggungjawab dengan cemerlang, menjadi isteri…isteri yang solehah, menjadi ibu…ibu yang berjaya mendidik anaknya mengenal Allah.
Akhir sekali, iaitu mengajar anak-anak akan kalimah syahadah. Bukan hanya sekadar menyebut tetapi mengetahui makna…..bukan sahaja mengetahui makna tetapi serapkannya kedalam jiwa, roh agar ia dilahirkan secara perlakuan
…Tanya lah diri kita,..dimana letaknya kalimah syahadah kita,..pada lafaznya, maknanya atau ada di dalam roh kita atau juga dimana-mana.
Moga coretanku ini memberi sedikit ilmu kepada semua,….dan dimanfaatkannya kelak,.. Moga diri ini serta bakal-bakal pendidik / pengajar berusaha untuk menyampaikan ilmu yang membawa kecemerlangan di dunia dan akhirat.
insyaAllah.
amin…..
Ya Rahman, ampunilah dosa hamba…pimpinlah hamba kejalan redhaMu….amin Ya Rab…..