Bismillahirrahmanirrahim,...
Assalamualaikum,,....
entry kali ini ana nak share sajak ini,...
Sekiranya,
Kita cinta kepada manusia,
tak semestinya manusia cinta kepada kita,
Tetapi sekiranya,
kita cinta kepada Allah,
Nescaya cinta Allah tiada penghujungnya.
Sekiranya,
kita cinta kepada manusia,
kita akan cemburu kepada orang yang
mencintai orang yang kita cintai,
Tetapi sekiranya,
kita cinta kepada Allah,
kita akan turut mencintai orang yang
melabuhkan cintanya kepada Allah juga.
Ya Allah,
andainya dia adalah jodoh
yang ditetapkan oleh Mu kepadaku,
Maka,
Campakkanlah ke dalam hatiku,
cinta kepadanya adalah keranaMu,
dan campakkanlah ke dalam hatinya,
cinta kepadaku adalah keranaMu.
Namun,
andainya dia bukanlah jodoh
yang ditetapkan oleh Mu kepadaku,
berikanlah aku kekuatan agar pasrah
dalam mengharungi ujian,
yang Kau berikan kepadaku.
nak tahu tak ,...siapa Aminah Qutb ini,..
...
...
...
Beliau merupakan adik perempuan kepada tokoh terkenal Syed Qutb yang mati di tali gantung kerana ketajaman penanya.
sumber : Pemilik Cintaku setelah Allah & Rasul
Fatimah Syarha Mohd Noordin
2 comments:
like~ :)
(^_^)
Post a Comment