Bismillahhirrahmanirrahim
Entry ini merupakan entry pertama pada tahun 2014 ini,..apa khabar sahabat-sahabat sekalian,..harapnya kalian sentiasa di dalam keadaan yang baik-baik hendaknya. Setiap kali masuk tahun baru, tidak kira samaada tahun baru hijrah atau masihi, pasti azam baru juga dipasang. Matlamat apa yang ingin dicapai, impian apa yang ingin direalisasikan dan sebagainya. Yang pastinya impian atau matlamat itu pasti yang terbaik buat diri kita bukan.
Pada hemat saya, azam amat penting dalam diri setiap manusia. Perancangan yang baik perlu dilakukan agar kehidupan kita terarah dan bermatlamat. Cuba bayangkan hidup kita tiada perancangan apa-apa. Pergi ke sana ke mari juga tiada matlamat. Maka, sia lah kehidupan kita. Adik-adik yang ke sekolah juga tahu mengapa pergi ke sekolah, adalah untuk belajar.
Namun begitu, matlamat atau visi ini sering kali kita terlupa jika kita tiada sesuatu motivasi dalam diri untuk pastikan tindakan yang kita lakukan sentiasa fokus untuk mencapai matlamat itu. Matlamat akan menjadi sebuah angan-angan sahaja. Sebagai contoh ingin memiliki sebuah kereta. Akan tetapi kita tiada usaha untuk capai impian itu. Bagi mencapai impian itu perlu usaha. Usaha yang berterusan perlukan sebuah motivasi atau semangat dalam diri seseorang.
Saya juga ada matlamat, ingin itu dan ini. Pernah saya mendapatkan nasihat daripada seorang pensyarah.
"Dr. bagaimana saya hendak kekalkan motivasi dalam diri saya ini agar sentiasa fokus pada apa yang saya hendak dan ingin capai?. Boleh kiranya Dr memberi sedikit motivasi buat saya"
Lalu pensyarah menjawab...
"Sebenarnya, saya ini boleh beri motivasi yang sementara. Boleh saya beri motivasi sedikit. Namun, motivasi yang kekal adalah dari Allah. Dia akan memberi rasa dan keinginan itu. Pinta la motivasi dari Sang Pencipta. Pasti motivasi itu akan membawa awak kejalan yang benar"
Begitu lah perkongsian pensyarah saya tentang motivasi. Saya speechless. Subhanallah..begitu rupanya..mengapa aku tidak perasan,..mungkin terhijab dengan titik noda. Allahu,...
Tempat kebergantungan yang utama adalah daripada Allah. Manusia adalah hamba yang tersangat la lemah. Tiada daya, tiada kuasa.. malah udara yang kita bernafas ini adalah dari Allah. Allhurabbi... terasa hina sangat diri ini. Sering melakukan maksiat, sering melakukan dosa, sering melanggar suruhannya.. tetapi Allah tidak pernah lupa kita. Banyak mana salah kita, pintu taubat sentiasa terbuka buat hamba Nya. Itu la kehidupan, untuk mencapai impian atau matlamat perkara utama adalah kita perlu dekat dengan Pencipta kita agar semangat untuk melakukan sesuatu perkara itu berterusan dan kita akan menjadi hamba yang fokus melakukan sesuatu perkara.
Mudah-mudahan perkongsian yang sedikit ini memberi manfaat buat sahabat-sahabat sekalian. Buat ingatan diri saya yang hina dan tiada apa-apa ini. Moga Allah redha kita semua dan sentiasa di dalam rahmat Allah.
~Pandangan mata selalu menipu,
Pandangan akal selalu tersalah,
Pandangan nafsu selalu melulu,
Pandangan hati itu yang hakiki,
Kalau hati itu bersih~
~Laluan hidup itu berliku..hati-hati melangkah agar tidak tersasar~
"Duhai Allah, hamba memohon keampunan dari mu, Engkau ampunilah segala dosa-dosa ku yang ibarat pasir di pantai. Duhai Allah, Engkau bimbinglah diriku agar sentiasa di jalan Mu. Hamba yang sering melakukan dosa ini, meminta agar Engkau menerima taubat hamba. Duhai Allah, jadikan hamba pada tahun ini, hamba yang lebih bermanfaat buat keluarga serta ummah. Limpahilah rezeki yang barakah dan umur yang bermanfaat. Tiada daya dan upaya selain pergantungan hamba pada Mu.. Ya Allah... "
Sekian...
Terima kasih sudi membaca sahabat-sahabat.
Salam Kasih Sayang Semua (^_^)