Friday, November 20, 2009

SOLUSI

Solusi tue ape....??penyelesaian ape...??...Alhamdulillah....syukur kehadrat Ilahi...ana akhirnya jumpa juga ngan majalah ni....da lama ana cari..alhamdulillah Allah ketemukan ana dgn majalah ni...pertama sekali ana dengar about this magazine from advertisement at televisyen and radio....ana terus tertarik sebab salah seorang pengarangnya ialah Ustaz Zahazan....tp ana tak pernah terjumpa majalah ni lgi....even di kedai buku MPH (Taman Universiti,Skudai la..)..mungkin da abis....
Alhamdulillah,,,pada 16/11/09 ana terjumpa majalah ni kat kedai buku CITY STAR (cawangan Muar)....walaupun ana jumpa majalah nie sudah diterbit ISU no.13.....ana rasa ana patut berkongsi pada semua,,mungkin ada yang tidak sedar akan kehadiran SOLUSI ini dipasaran..yang diterbitkan oleh Telaga Biru Sdn. Bhd....
Sebenarnya, semasa di kedai buku ana tak berniat untuk mencari majalah ini...ana hendak mencari bahan bacaan (novel)...dengan izin-NYA ana bertemu dengan SOLUSI...seronok sangat....tapi ana agak sedikit terperanjat dengan harganya kerana agak mahal...tapi bila fikir balik... tak kesah la...ilmu....& SOLUSI yang pertama yang ana beli...
Apabila ana buka dan mula baca didalamnya, tidak hairanlah harga yang ditetapkan kerana SOLUSI ini sangat sarat dengan ilmu...dan bahan ilmu yang ditulis adalah daripada tokoh-tokoh ilmuwan di Malaysia yang amat berwibawa seperti Prof. Dr. Sidek Baba....
Oleh itu, ana mengajak semua pembaca untuk memiliki majalah SOLUSI ini untuk menjadi salah satu teman/ bahan bacaan yang sarat dengan ilmu didalamnya. SOLUSI adalah wadah yang penuh dengan ilmu dan sesuai dibaca oleh semua peringkat umur. Syabas majalah SOLUSI. Semoga kita sentiasa berada dalam rahmatNYA dan terus mendapat taufik dan hidayahNYA dalam menempuh kehidupan yang penuh liku ini. InsyaALLAH...

Sunday, November 15, 2009

misUndeRstanDinG!!

Bismillah,,...
Pada satu petang jumaat (hampir pukul 4 ptg), di kolej kediaman ku ada satu pengumuman, ana dengan penuh sungguh membuka pintu untuk mendengar sejelasnya akan pengumuman itu, perkara yang sama dilakukannya oleh kengkawan searas....mengumuman berbunyi...,(lebih krg la isinya)....
“ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA, SEMBURAN NYAMUK AKAN DIADAKAN DI SETIAP BLOK YANG AKAN BERMULA PADA PUKUL 5 PTG HINGGA 8 MLM PADA 7/11/2009 (sabtu)”
(Pengumuman ni diulang sebanyak dua kali)
Ketika itu hampir asar tak silap, then ana pun melakukan perkara biasa iaitu mandi...sebaik selesai mandi ,ana terserampak dengan sahabat ana (roommate) (ada la 4 orang yang misunderstanding),...ana berasa agak pelik kerana beliau mandi awal (pada kebiasaan mandi agak lewat),...kemudian ana bertanya, akan sebab mandi awal....kemudiaan beliau menjawab “ PETANG NIE KAN ADA SEMBURAN NYAMUK”...I quite weird apa yang dikatakan.....then ana jawab “BUKAN KE 7/11/09....ESOK LA KAN?....ARI NIE KAN 6/11/09 (exam falsafah pendidikan)”..
Beliau pon terfikir....langsung tergelak.....(kecoh sgt toilet tue...).....kahkahkah!!!
Then setibanya di bilik, rupa-rupa nyer bukan sekadar mandi awal....siap da prepare terbalik kan tilam dan masuk bantal dalam locker...coz nanti mase sembur nyamuk itu, tidak berminyak...& bau nya terlekat......
Pada ketika itu, kami tergelak besar....kahkahkahkahkah!!
kenangan yang tak dapat ana lupa coz musim exam & tinggal satu je lagi paper....(workshop safety).....
As a conclusion, apabila kita mendengar pengumuman point utama yang perlu diteliti adalah APA, DI MANA, BILA, BAGAIMANA...itu lah selalunya yang dicari...
Selain itu, mungkin ada hikmah yang tersembunyi yang kita tidak tahu...and lastly kita kene pastikan dengan sahabat-sahabat kita, apa yang kita dengar.....semoga kisah ini menjadi pengajaran kepada kita semua...
Wassalam..

Sunday, November 1, 2009

BukU Baru Ku!!




alhamdulillah dapat je..money pt ana da niat nak beli buku...buku pape la...
kebetulan sahabat ana ajak gie koperasi utm...then terjumpe la buku KHADIJAH...lawa cover dye..suka sangat..coz warna pink...huhuhu...beat tau buku nie...tp ana tak abis bace lagi...buku nie leh jadi panduan para muslimah...actually my lecturer yang galakkan...Encik Hassan..
buku kedua pulak...TIP-TIP CEMERLANG DARIPADA QURAN...buku nie amat sesuai bagi student..tol tak...so meh la beli buku nie...cam-cam ada seronok tau...
saje nak tambahkan bahan bacaan...kita kan manusia always kurang..so tambahilah diri dengan ilmu...

Sunday, October 18, 2009

MaNa mILik KitA

Saya amat suka pada lirik lagu ini.kerana message yang disampaikan sangat baik....apa yang kita ada di muka bumi ini bukanlah milik kita...tetapi hanyalah pinjaman....marilah kita bersama bermuhasabah diri daripada lagu ini...semoga kita mendapat hidayah dan petunjuk dari NYA...


MANA MILIK KITA(RABBANI)

Mana milik kita
Tidak ada milik kita
Semua yang ada
Allah yang punya

Tidak ada kita punya
Kita hanya mengusahakan saja
Apa yang kita dapat
Allah sudah sediakannya

Kita Allah punya
Dunia ini ciptaan-Nya
Miliklah apa saja
Tidak terlepas dari ciptaan-Nya

Mana kita punya
Tidak ada kepunyaan kita
Kita hanya mengusahakan
Apa yang telah ada

Mengapa kita sombong
Memiliki Allah punya
Mengapa tidak malu
Kepada Allah yang empunya

Patut bersyukur kepada Allah
Yang memberi segalanya
Malulah kepada Allah
Kerana milik Ia punya

Janganlah berbangga
Apa yang ada pada kita
Kalau Allah tidak beri
Kita tidak punya apa-apa

Janganlah mengungkit
Mengungkit jasa kita
Jasa kita di sisi-Nya
Yang sebenarnya Allah punya

Marilah kita bersyukur
Bukan berbangga
Bersyukur kepada Allah
Bukan mengungkit jasa

Gunakanlah nikmat Allah itu
Untuk khidmat kepada-Nya
Selepas itu lupakan saja
Agar tidak mengungkit-ungkitnya

10 wasiat HASSAN AL-BANNA

1. segerakan solat kerana ia mendidk diri kepada taqwa dan disiplin.
2. bacalah al-Quran kerana ia melembutkan hati dan menyegarkan jiwa.
3. bertutur dengan bahasa yang jelas kerana ia membawa keberkesanan kepada dakwah.
4. jangan terlalu banyak berdebat kerana ia menghapuskan kemesraan sesama mu'min.
5. jangan terlalu banyak ketawa kerana ia menjadikan hati keras dan tidak sensitif.
6. jangan terlalu banyak bergurau kerana ia boleh menyebabkan lalai dalam perjuangan.
7. jangan bersuara lebih kuat daripada yang diperlukan kerana ia boleh menjadikan pendengar jemu dan bosan.
8. jangan mengumpat kerana ia dosa dan perosak kepada perhubungan yang baik sesama mu'min.
9. kembangkan ta'ruf kerana ia meningkatkan kemesraan dan boleh membina medan-medan dakwah yang luas.
10. kewajipan lebih banyak daripada waktu oleh itu jagalah waktu dan bantulah orang lain untuk memanfaatkan wakru mereka.

Thursday, September 17, 2009

BEraHkir Nya bUlaN yaNg MuLia...

Bulan Ramadhan,
aku bersyukur Allah mempertemukan bulan ini kepadaku sekali lagi,
bulan yang penuh keberkatan pada awalnya,
pertengahan maghfirah,
dan akhirnya pelepasan dari api neraka...

aku berdoa,
YA ALLAH andai diri ini hadir dalam bulan yang mulia itu YA ALLAH,
maka hamba meminta yang terbaik YA RAHMAN sepanjang bulan itu,
tetepkan hati hamba dalam beribadah kepada Mu,

YA RAHIM andai diri ini terlalai, leka dengan dunia, tersasar
dalam bulan itu YA ALLAH,
bimbing lah hati ini kembali ke jalan redhaMu............

Dan ari ni adalah 27 Ramadhan 1430 hijrah..
aku berdoa,
YA ALLAH Engkau pertemukan lah aku
dalam ramadhan yang akan datang YA RAHMAN,
andai tiada Ramadhan lagi buat ku YA ALLAH,
maka engkau jadilah ramadhan pada kali ini yang terbaik
buat hambu Mu ini...
yang penuh pengharapan ini YA RAHIM....
amin ya rabbal 'alamin..

Thursday, August 6, 2009

Fobia...!!


Itulah yang boleh ana ungkapkan daripada pengalaman di sebuah pusat membeli belah....
ketika ana berjalan-jalan bersama-sama sahabat, ada sekumpulan saleswomen..


Mereka minta kami meluangkan masa hanya 5 min...
pada mulanya kami menolak kerana kami agak mengejar masa...
namun kami boleh diistilahkan terpedaya...
ini kerana mereka mahu membuat penerangan mengenai kulit muka kami...
Fitrah perempuan oopps wanita..inginkan kecantikkan...


kami pun mengambil tempat duduk...
bukan 5 min kami di situ bahkan kami mrasakn sudh brjam-jam..kami mulai rasa tertipu...
mereka menunjukkan keadaan kulit muka kami dengan menggunakan alatan teknologi .....mula-mula rasa cam teruja pon ada tp mybe kt c2 ade pnipuan..yek r org yg nk bisnes laku, ape2 cre pn blehhh....actually that normal 4 d saler......
setelah mereka membuat penerangan...


tiba-tiba langkahku terhenti.... eh cam lagu pulak...
sahabat ana yg x taw pape psal kene byar mnjadi blur...???!!...mereka mengeluarkan reset untuk kami pergi buat facial la...utk ape kmi perlu smue 2...
mmg r semue pompuan nk cntek but.....
salewoman 2 kte just RM49 sahaja....
ingtkn senang2 jek ke nk taburkn rm49 utk 1 facial dlm mse 1jam stgah...
4 student its really hard but if i working i don't mind....
mereka meminta kami menandatangani....sahabat ana yg blur 2 tetiba...bertambah blur..nak2 bila dia tgk,seorg saler ni mengeluarkan..ala alat transfer duit use atm card... Ya Rabbi...
bagaikan rusa masuk kampung....kami dah tak tahu nak wat ape...
pandang kiri sorang kate lagu nie...toleh kanan lagu lain lah pulak...
Hanya Tuhan sahaja yg memahami our feeling....


sahabat-sahabat ana semua bergantung kepada ana if ana tanda...
mereka tandatangan.....
entah waktu tue tak tahu kenapa ??why?? ana tanda...
maybe about muka...??maybe about lain.....
terpedaya...da la baru masuk u...dan yang plng penting, kami bru jek first time mnjejakkn kaki d c2....FIRST TIME.....masyaallah...bayangkan......dah ar byk duit nak guna program itu r program ini ar..yuran belom mask ag...bayangkan pt pn x masok ag...sahabat ana pt pn die x apply ag....
xkn kami nk ngadu kt makbapak kot....mesti ar kami kene soal siasat....
silap2 kene hukuman mandatori....

akhirnya kami pergi juga ke pusat kecantikan itu hanya utk menebus rm49 kami...
saleswoman 2 kte only 1o minutes but 4 us its about 1o hours.....
jauh glee....nak naik bus lama pulak...terpaksalah naik cab...
tambang pergi balik jek RM 80....Giler tak!! nie smue gare2 tertipu!!(salah kami jugak kot..x bace ayat2 pendinding.......)
faham-faham je la...budak baru....
subhanallah memang dugaan...hanya Allah yang tahu...

ana juga terdengar cerita daripada someone...
para-para penjual ni,ada teknik or bacaan mereka sendiri,
to make their business success..tp tak tahu la kan...kesohihannya...
pernah dengar tak MATLAMAT MENGHALALKAN CARA...
mudah-mudahan kita jauh daripada semua itu....insyaAllah...

ana bukan apa...
my purpose to post this because I want to share my experience...
I hope all readers can beware...
dan fikirlah menggunakan kewarasan akal dan minta lah petunjuk dariNya...
setiap sesuatu yg dilakukan perlu berhti-hati...
ana harap kalian ambil lah pengajaran daripada apa yang ana & sahabat-sahabat lalui ini...

Monday, July 6, 2009

LeMbaRan BaRu di UTM...!!

Hari pertama aku di sini,
aku membawa seribu harapan...
harapan apa yang aku harap kan .....

aku tidak mahu kehidupan ku sebelum ini ...
tanpa matlamat dan tanpa tindakan...
tahukah anda kehidupan ini memerlukan matlamat...

Cuba kita fikirkan apa yang kita ingin kan dlm hidup ini..
adakah hanya mencari kesenorokan...
keseronokan yang bagaimana...

sebenarnya kehidupan ini perlu ada matlamat...
kerana dengan ada nya vision
kita tahu mana arah tuju kita
apa yang kita mahukan dalam hidup ini

dan buat diriku...
aku mahukan kehidupan yang bahagia..
ketenangan yang abadi...
persoalan nya bagaimane..??

kita sebagai khalifah kat dunia ini
perlulah lengkapkan diri ngan ilmu
Raja Ali Haji dalam GURINDAM MELAYU

jika hendak mengenal orang berbangsa,
lihat kepada budi dan bahasa.

jika hendak mengenal orang yang berbahagia,
sangat memeliharakan yang sia-sia.

jika hendak mengenal orang mulia,
lihatlah kepada kelakuan dia.

jika hendak mengenal orang yang berilmu,
bertanya dan belajar tiadalah jemu.

jika hendak mengenal orang yang berakal,
di dalam dunia mengambil bekal.

jika hendak mengenal orang baik perangai,
lihat pada ketika bercampur dengan orang ramai.

maka ingin saya berkongsi bersama...
saya tanamkan azam dlm diri ini
matlamat saya ialah ingin mencari keredhaan ILAHI
dgn mencapai CGPA yg terbaik 3.5 above for every semester...
seterusnya membuktikan pada diri saya sendiri saya boleh
berjaya seperti orang lain....INSYAALLAH..
SAYA BOLEH...motivasi diri kene tinggi tol tak...
dan seterus nya membalas jasa kedua ibu abah....



Friday, May 1, 2009

Book Fair..!!

Bismillah...
Pada 20 April 2009,ana pergi ke pameran buku antarabangsa di PWTC.alhamdulillah,perjalanan ana baik je...ana nak berkongsi sesuatu...di sana ana telah membeli sebuah novel islam....sangat best novel tue....ia sangat bagus untuk remaja zaman sekarang kerana remaja sekarang asyik mengejar cinta manusia daripada cinta yang hakiki...Ilahi...
nak wat promation ckit..tajuk novel ini ialah

"Cerita Dari Hati"

Novel ini menggambarkan kehidupan seorang remaja dalam pergaulan antara rakan-rakan,keluarga dan yang paling penting adalah pergaulan antara lelaki dan perempuan.

Hope,rakan-rakan dapatlah mencari novel ini...ia juga ada menyelitkan firman Allah dan hadis rasulullah...insyaAllah ia dapat menberi manfaat kepada kita.

Saturday, March 14, 2009

Hati Hati ku

Sejak akhir-akhir ini saya banyak mendengar ceramah mengenai hati.Hati adalah salah satu organ dalam tubuh badan kita.Kita sering mendengar kalau hati rosak maka rosaklah seluruh badannya.So,everything yang kita buat semua ada kaitan dengan hati.contahnya kalau kita nak buat maksiat,hati berkata tak baik....itu perkara dosa..Allah murka...itu bagi hati yang ada iman...tapi...kalau hati itu keras apa yang terjadi...mudah-mudahan dijauhkan Allah...
IMAM ALGHAZALI berkata lebih kurang lah bunyi nyer....TIDAK AKAN DAPAT SEMPURNAKAN PERINTAH-PERINTAH ALLAH KECUALI DENGAN MENGUASAI HATI,SELURUH ANGGOTAMU PADA SEKALIAN MASA DAN NAFAS MU DARIPADA PAGI HINGGA PETANG.
as conclusion,mari lah kita bersama-sama menjaga hati.kawal lah ia dengan iman dan taqwa kepada Allah.Imam AlGhazali berkata carilah hati dalam solat.

Saturday, January 31, 2009

salam perjuangan

salam.Untuk permulaan sedikit kata-kata dri saya "Teruskan perjuangan.Selagi kita bergelar insan di muka bumi ini, cabaran tidak pernah kan lekang dari terus meniti perjalanan harian demi mendewasakan dan mematang kita.sesungguhnya,kejayaan itu hak milik setiap insan yang penuh dengan ketaqwaan,kesabaran dan kegigihan dalam menempuh ujianNya.INGATLAH!setiap ujian ada hikmahnya yang tersendiri..InsyaALLAH hanya insan yang mampu berfikir mampu menerimanya dengan lapang dada (redha).

Emosi seorang Ibu

Bismillah Hai semua, happy holiday.... Gembiranya zati lihat sahabat-sahabat Zati berjalan sana-sini. Ada yang berjalan ke luar negara d...